Hi, what are you looking for?

Mamak News

Buruh warga China maut ketika pasang besi projek ECRL


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PASIR PUTEH – Seorang buruh warga China maut selepas rebah semasa melakukan kerja-kerja pemasangan besi jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Kandis, Bukit Yong di sini kelmarin.

Mangsa, Qui Daq Qing, 51, pengsan kira-kira pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai buruh secara tiba-tiba rebah ketika melakukan kerja-kerja pemasangan besi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Kampung Wakaf Lichong di sini kemudian dilihat dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke HRPZ II oleh majikannya.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital. Pemeriksaan turut mendapati mangsa negatif Covid-19.

“Mayat mangsa sudah dibedah siasat di HRPZ II dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Gelagat haiwan berbulu berwarna jingga atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Oyen’ yang nakal dan pelik...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud berkenan menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah, suka memberi sumbangan, kebajikan dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Walau...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – “Saya menitiskan air mata apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications