Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Travel

Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite, Kota Tinggi. Layan Sungai & Laut Dalam 1 Masa, Nak Memancing Pun Boleh!


Kesempatan membuat aktiviti camping di awal Ramadan tentunya suatu pengalaman yang baharu buat keluarga Mimi Mustika. Pertama kali camping di Nomad Campsite yang terletak di Penawar, Kota Tinggi, Johor, memberi peluang untuk keluarga ini bermain di laut dan juga sungai.

Kedudukan Nomad Campsite yang berada di tengah-tengah antara muara sungai dan juga laut adalah salah satu keunikan yang ada di sini. Yang paling seronok tentulah kanak-kanak, meskipun puasa menurut Mimi anak-anaknya cukup aktif bermain di sungai dan laut, malah sempat suaminya melayan memancing ikan dan menangkap ketam.

| Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh | Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh

Hati turut rasa teruja membaca perkongsian wanita ini dan keluarganya camping di sana. Walaupun dalam bulan Ramadan, tidak menghalang untuk membuat aktiviti kegemaran mereka sekeluarga iaitu camping.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Camping awal Ramadan Di Nomad Campsite

Pada 2 ramadhan yang lalu selama 3 hari 2 malam.

Bukan aruk tapi dah cutinya dapat time tu jee.. puase pun puaselah.. paling best mak boleh relex dari masak jeee 24 jam.. healing tu dapat dinikmati sepuasnya Di sini.. dengan pemandangan sungai dan laut yang mendamaikan..

Ayahnya pula teman anak-anak memancing dan bento ketam..dapat jugaklah ikan belanak besar-besar jari buat geli-geli..dan ketam sekor campak dalam megi time buka slurrrpppp..

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh sebab datang time pose..so kami sekeluarga je yang ade di situ..Naseb baik ade Atan pembantu di situ yang tinggal 24 jam jaga campsite so takyah risau soal keselamatan.

Cume kena jaga dengan anjing-anjung liar dan monyet mencuri makanan dan botol susu anak

| Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh | Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh

Malam-malam ada Lampu solar hingga jam 12 mlm saja.. masak sahur gelap gelita.. hanya ditemani lampu hiasan dan abang sadoku encik suami..terasa sweet disitu..

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anak-anak pula start terbit fajar dah buat macam-macam aktiviti..lepas mandi sungai mandi laut..ulang-ulang sampi habes bateri..luar biase..langsung tak fikir lapar

ok sekian sahaja pengalaman saya di nomad campsite..keseluruhan saya bagi 5 bintang

Ini info tentang Nomad Campsite:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alamat: NOMAD CAMPSITE,TANJUNG LOMPAT,PENAWAR,KOTA TINGGI,JOHOR.

HARGA:-

  • Satu kereta untuk satu tapak (bermalam) -Rm40
  • Satu Car Van untuk satu tapak khemah ( bermalam) -Rm60
  • Sampah kami collect,tong sampah disediakn- bayaran untuk sekali pacak charge – Rm10
  • Parking percuma dlm kawasan campsite utk 1 kenderaan
  • Plug point
  • Surau
  • Tandas duduk/ cangkung /air pancut mandian
  • Sinki
  • Lampu dikawasan campsite kuasa generator 7ptg-12malam tutup -lepas tu guna lampu solar
  • Persisiran pasir pantai halus dan padat,Kenderaan boleh susur pantai
  • Pemandangan laut,sungai dan hutan boleh dinikmati hanya di sini

| Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh | Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh

PICNIC/BERKELAH DALAM CAMPSITE.

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Satu kereta untuk satu tapak -Rm30
  • Sampah -Rm10
  • Guna tandas free

P/S- Binatang peliharaan tidak dibenarkn masuk ke kawasan campsite untuk menjaga keselesaan camper lain.

Muzik karaoke juga tidak dibenarkn harap maklum ya camper…takut ganggu ketenangan camper yang lain

| Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh | Kampungmamakcom Camping Awal Ramadan Di Nomad Campsite Kota Tinggi Layan Sungai Laut Dalam 1 Masa Nak Memancing Pun Boleh

Untuk info lanjut boleh ke Facebook NOMAD campsite

Kredit: Mimi Mustika

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Libur.com.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas hampir setahun lebih menuntut bayaran baki hutang sebuah persembahan di Sabah, penyanyi Aiman Tino sudah hilang sabar dan tidak...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Enggan melayan provasi, penyanyi Syamel menyifatkan penyebar fitnah yang menuduh isterinya, Ernie Zakri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain tidak...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Terkait dakwaan menjalin hubungan sulit dengan seorang pemuzik, penyanyi Ernie Zakri menganggap tuduhan mengarut itu sengaja diada-adakan peminat yang terlampau...

Advertisement