Hi, what are you looking for?

Hiburan

Caprice belanja petrol RM10,000 esok


PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi Caprice bermurah hati memperuntukkan sebanyak RM10, 000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma bertempat di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, esok (Jumaat) pada pukul 2.30 petang.

Perkara tersebut diumumkan Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 34, dalam Instagramnya.

“Assalamualaikum. Siapa yang mahu minyak petrol percuma, saya mahu belanja anda esok (Jumaat) pada pukul 2.30 petang. Boleh datang bawa motor, kereta, van atau bas. Saya peruntukkan RM10,000 untuk anda semua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga mahu berikan hadiah kepada 10 pelanggan terawal berupa topi, kasut dan beberapa barangan edisi terhad yang lain,” katanya.

Dalam masa sama, Caprice turut mengingatkan pelanggan dalam kalangan kaum lelaki agar terlebih dahulu menunaikan solat Jumaat sebelum singgah mengisi minyak secara percuma di stesen berkenaan.

“Kalau ada lelaki yang beratur ketika waktu solat Jumaat, saya akan halau,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram melahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas kemuliaan hati penyanyi itu.

“Alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkan,” kata seorang peminatnya.

“Semoga Caprice sekeluarga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan berada dalam lindunganNya,” doa seorang lagi peminatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga dimurahkan rezeki. Minta-minta aku yang dapat kasut sebab dekat dengan rumah,” kata seorang peminatnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement