Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Caprice tawar diri sertai Muda bantu susun strategi baharu


PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice menawarkan diri untuk membantu menyusun semula strategi baharu buat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Caprice menerusi hantaran di InstaStorynya hari ini berkata, tawaran itu dibuat susulan Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman didapati bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Katanya, dia bersedia menghulurkan bantuan termasuk menyertai parti itu kerana merasakan masa depan negara adalah bergantung kepada suara golongan muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Parti Muda kalau anda perlukan bantuan untuk menyusun semula strategi dan merombak parti boleh hubungi saya.

“Saya sanggup menyertai parti kerana suara anak muda sangat penting untuk masa depan Malaysia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice turut membuka ruang tinjauan meminta pengikutnya memberikan pendapat sama ada dia patut membantu Muda atau sebaliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas selepas didapati bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.

Menurut Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid, pihak pembelaan yang mewakili bekas Menteri Belia dan Sukan itu gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq hari ini turut mengumumkan mengosongkan jawatannya sebagai Presiden Muda berkuat kuasa serta-merta dan jawatan itu akan dipangku Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications