Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Cara Bersihkan Air Fryer ‘Terpaling’ Senang & Jimat Masa


Cara Bersihkan Air Fryer ‘Terpaling’ Senang & Jimat Masa

Zaman teknologi moden ini, tak semua orang akan gunakan kuali, ketuhar biasa/gelombang mikro untuk masak atau bakar sesuatu. Kini, semuanya menjadi mudah dengan adanya air fryer.

Nak goreng nuget? Boleh guna air fryer. Nak buat roti ala-ala Rotiboy? Boleh guna air fryer. Senang cerita, air fryer banyak kegunaannya dan memudahkan kerja-kerja di dapur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi, ada satu perkara yang orang ramai rasa leceh sangat nak buat. Anda pasti menjadi salah seorang daripadanya, kan?

Apa yang leceh sangat? Haa, leceh nak basuh balik air fryer yang dah digunakan itu. Biasalah, kadang-kadang kita manusia ni, guna reti, nak basuh, malas.

Sebabnya, pasti akan ada makanan-makanan yang melekat dekat dalam bekas air fryer tu, kan? Nak cuci pun susah. Haa, ini nak kongsi cara paling mudah untuk cuci air fryer!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara Bersihkan Air Fryer

Caranya amatlah mudah, mula-mula anda keluarkan dulu bekas air fryer. Pastikan sudah tiada makanan atau kek yang anda bakar, ya!

Kemudian, anda isikan air dan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas itu. Tak perlu penuh sangat pun tak apa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas yang dah diisi air dan sabun itu, anda masukkan balik ke dalam air fryer. Panaskan bancuhan air itu dalam masa lima minit.

Selesai lima minit, keluarkan bekas itu semula dengan hati-hati. Buangkan air sabun yang ada dalam bekas itu.

Anda boleh nampak minyak, kerak dan semua sisa makanan mengalir keluar dengan air sabun itu. Bilas bekas dan basuh seperti biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasilnya, anda akan mendapat bekas air fryer yang sudah bersih dan tiada lagi sisa-sisa makanan atau kerak!

Mudahkan cara bersihkan air fryer ini? Lepas ini, anda semua boleh lah cuba tip ini. Dah ada tip, janganlah anda malas pula dan bersihkan air fryer lepas digunakan!

Tak perlu lagi nak rendam air fryer itu lama-lama supaya dapat lembutkan kerak yang ada dalam bekas itu. Cara ini lebih jimatkan masa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@homehabit

Once in a week chores, cara ni terpaling cepat & effective #cleaningtiktok #cleaningairfryer #cleantok

♬ CUPID X SAY SO BY ALTÉGO – ALTÉGO

Sumber: homehabit

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Ni Rupanya Punca ‘Spin’ Mesin Basuh Perlahan, Betulkan Sendiri Pun Boleh

The post Cara Bersihkan Air Fryer ‘Terpaling’ Senang & Jimat Masa appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications