Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Cemas, Troli Meluru Laju Dari ‘Travelator’ Pasar Raya, Rempuh Pengunjung Sampai Terlentang


Dalam kesesakan di pasar raya, terlanggar satu sama lain mungkin perkara biasa, tapi lain pula dengan pengunjung yang kena langgar dengan troli ini.

Kalau sebelum ini para pengunjung yang berlanggar sesama sendiri, pengunjung salah sebuah pasar raya di Singapura ini pula kena ‘langgar lari’ dengan troli.

Dua pengunjung ini terakam kamera litar tertutup (CCTV) dilanggar sebuah troli pengangkut barang ketika sedang turun ke tingkat bawah menggunakan travelator.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi rakaman CCTV bertarikh 25 Februari 2022 itu, dapat dilihat sebuah troli yang berisi kotak-kotak kosong bergolek dengan laju ke bawah travelator yang ketika itu sedang digunakan dua pengunjung.

Troli itu kemudiannya merempuh sekurang-kurangnya dua pengunjung pasar raya, di mana salah seorang daripada mereka terlentang di atas travelator setelah dilangar troli tersebut.

Salah seorang kakitangan wanita pasar raya berkenaan dilihat tergesa-gesa ‘mengejar’ troli berkenaan yang ketika itu sudah pun sampai ke tingkat bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara seorang lagi rakan sekerjanya cuba menghentikan travelator tersebut dengan menekan butang kecemasan pada sisi travelator.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jumlah mereka yang menjadi ‘mangsa’ troli langgar pengunjung ini dan apa respon pihak pasar raya terhadap kejadian itu.

Dalam video sama, dapat dilihat pengunjung pertama yang menjadi mangsa dirempuh pada bahagian kanan badannya sebelum terlentang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, pengunjung pertama yang dilanggar dilihat masih mampu bereaksi dan terpinga-pinga dengan kejadian itu.

@user8836264941608ali

♬ original sound – user8836264941608 – user8836264941608

Sumber: Mothership

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Terperangkap dalam kesesakan akibat kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan Sabtu lalu tidak membantutkan semangat kumpulan rock, Wings meneruskan sesi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – DITEBAK sudah bergelar tunangan orang, pelakon Afifah Nasir bertegas hanya akan mendedahkan status hubungan atau perkembangan fasa hidupnya apabila tiba...

Hiburan

3s SUNGAI BULOH – Hampir empat dekad berjuang dalam arena muzik, penyanyi Datuk Hattan membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan. Kata...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan kemaraan ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton...

Advertisement