Cemas, Viral Penumpang ‘Buka’ Pintu Kecemasan Pesawat Ketika Dalam Penerbangan
Seorang penumpang pesawat Asiana Airlines dilapor bertindak membuka pintu kecemasan ketika pesawat tersebut hendak melakukan pendaratan, pada Jumaat.
Tindakan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 9 orang penumpang yang lain cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pesawat bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat.
Menurut AFP, pesawat jenis Airbus A321-200 yang membawa kira-kira 200 penumpang dalam penerbangan domestik di Korea Selatan.
Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku ketika pesawat menghampiri landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, kira-kira 240 km tenggara Seoul untuk mendarat.
Ketika pesawat tersebut berada kira-kira 200 meter dari atas daratan, seorang penumpang yang duduk berdekatan dengan pintu kecemasan melakukan sesuatu perkara yang agak berbahaya.
Penumpang tersebut dilaporkan telah membuka pintu tersebut dengan menyentuh bahagian tuas pada pintu berkenaan, wakil Asiana Airlines memberitahu AFP.
Insiden tidak terduga itu menyebabkan beberapa penumpang mengalami kesukaran untuk bernafas. Sehubungan itu, penumpang-penumpang yang terlibat telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas kapal mendarat.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.
Manakala, penumpang yang membuka pintu tersebut telah ditahan pihak polis untuk menjalani siasatan lanjut.
Menurut Asiana, pihak polis sedang menyiasat punca tindakan lelaki tersebut.
Selain itu, Yonhap turut berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan detik-detik cemas ketika insiden tersebut berlaku dari dalam kapal terbang.
Rakaman tersebut menunjukkan tekanan angin kuat memasuki ruangan penumpang ketika masih berada di ruang udara.
Angin kuat tersebut menyebabkan fabrik dan tempat duduk penumpang berserta rambut penumpang berkibaran. Ada juga segelintir penumpang dirakam menjerit kerana terkejut dengan apa yang berlaku.
Manakala, sebuah video lagi menunjukkan keadaan para penumpang yang duduk berdekatan dengan pintu kecemasan ketika berdepan dengan angin kuat itu.
Dua penumpang lelaki kelihatan sedang mengerutkan mata apabila angin bertiup kuat di sekeliling mereka. Mereka juga memegang tempat letak tangan dengan erat dan cuba berpaling dari pintu tersebut.
Door of Asiana Airlines plane opens in mid-air just before landing in South Korea; 9 people taken to hospital with breathing difficulties pic.twitter.com/rUI6LTRihj
— BNO News (@BNONews) May 26, 2023
BACA: Lelaki Saran Guna Panel Solar Untuk Jimat Elektrik, Ini Sebabnya
Sumber: AFP
Artikel asal oleh: Siakap Keli
