Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Chelsea mahu waspada rentak Palace


LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menyeru agar barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh diberikan Crystal Palace menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Selhurt Park awal pagi esok.

Kata Pochettino, skuad Palace yang dikendalikan oleh Roy Hodgson mampu untuk ‘rentap’ momentum positif yang sedang diusahakan oleh barisan pemain andai tidak memberikan sepenuh perhatian di atas padang nanti.

“Saya sangat teruja dapat menguji strategi menentang Hodgson yang cukup saya hormati. Situasi ketika ini mungkin tidak begitu baik buat mereka selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mungkin kehilangan dua pemain utama, Eberechi Eze dan Michael Olise menjejaskan sedikit corak permainan lawan dan saya harap kita dapat menggunakan kesempatan itu untuk meraih kemenangan bergaya,” katanya.

Sementara itu, Pochettino mengesahkan tiga pemain pertahanan, Levi Colwill, Trevoh Chalobah dan Benoit Badiashile mungkin terpaksa disisihkan selain tonggak tengah, Romeo Lavia masih mengalami kecederaan jangka panjang.

“Badiashile mengalami kecederaan ketika aksi Piala Liga Inggeris (EFL) yang lepas manakala Colwill dan Chalobah pula masih belum cergas sepenuhnya tetapi tidak mustahil untuk diturunkan menentang Palace.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cuma, apa yang merisaukan saya adalah situasi Lavia yang masih belum menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan dan kemungkinan besar terlepas aksi final Piala EFL hujung bulan nanti,” katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement