Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

China ingatkan ASEAN risiko Perang Dingin Baharu


JAKARTA: China meminta kuasa besar ASEAN mengenepikan perbezaan pendapat peribadi dan elak diheret ke dalam ‘Perang Dingin Baharu’, dalam isyaratnya yang jelas merujuk kepada pengaruh Washington.

Kenyataan itu dikeluarkan Perdana Menteri China, Li Qiang, ketika pegawai tertinggi Asia dan Amerika Syarikat (AS) berkumpul untuk rundingan di Indonesia.

Beijing menyatakan kebimbangan mengenai pembentukan blok disokong AS di rantau ini, ketika China menghadapi pertikaian dengan kuasa dengan negara serantau lain mengenai Laut China Selatan dan beberapa isu lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Percanggahan pendapat dan pertikaian mungkin timbul antara negara disebabkan persepsi yang salah, kepentingan yang berbeza atau campur tangan luar.

“Bagi memastikan percanggahan pendapat terkawal, apa yang penting sekarang ialah menentang amalan berpuak, konfrontasi blok dan Perang Dingin yang baharu,” kata Qiang pada mesyuarat ASEAN+3 (APT) dengan Jepun dan Korea Selatan di Jakarta.

Semua 10 negara anggota ASEAN mengadakan sidang kemuncak berasingan dengan China, Jepun, Korea Selatan, AS dan Kanada semalam, menyediakan pentas untuk kuasa besar melobi blok itu dan pesaing memainkan peranan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Naib Presiden AS, Kamala Harris, hadir menggantikan Presiden Joe Biden, manakala Qiang mengambil bahagian bagi menggantikan tempat itu sepatutnya diisi Presiden Xi Jinping.

Harris bertemu pemimpin ASEAN dan memuji mereka kerana komitmen bersama terhadap peraturan dan norma antarabangsa serta isu serantau.

Sebagai tanda pembabitan serantau Washington yang semakin meningkat, beliau turut mengumumkan penubuhan pusat AS-ASEAN yang pertama di Washington.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat semalam dibuat sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Asia Timur, membabitkan 18 anggota esok, yang akan dihadiri Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

Sementara itu, sidang kemuncak G20 pula dianjurkan di New Delhi pada hujung minggu, di mana isu geopolitik yang lebih luas dijangka menjadi agenda utama.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menghadiri dua hari mesyuarat itu. – REUTERS

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications