Hi, what are you looking for?

Mamak News

China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing


China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing

BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar “toleransi sifar” terhadap jangkitan COVID-19, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

“Mulai hari ini, agensi pelancongan China dan penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian akan menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan untuk warga asing…,” menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Disember 2022, kerajaan China mula melonggarkan secara beransur-ansur dasar “toleransi sifar” itu, selepas dasar yang disifatkan paling ketat di dunia itu dilaksanakan elama hampir tiga tahun.

Langkah berkenaan diambil berikutan bantahan besar-besaran terhadap sekatan di beberapa bandar di China.

Pada Januari 2023, China membatalkan sepenuhnya kuarantin dan ujian saringan PCR untuk pelawat yang datang dari luar negara dan menerima permohonan pasport daripada rakyat China untuk ke luar negara bagi tujuan pelancongan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Kemunculan ‘Petroyuan’ China, Dominasi Dolar Amerika Akan Tergugat?

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi penguatkuasa dan seorang orang awam bagi membantu siasatan susulan kes rasuah disyaki melibatkan...

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications