Hi, what are you looking for?

Hiburan

Cinta Sejati Betty White The Golden Girl…


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MUNGKIN generasi kini kurang mengenali primadona hebat Hollywood ini. Dia mencipta kegemilangan berkurun tahun sebelum ini. Namun, dia kekal dalam legasi emasnya yang cukup membanggakan.

Dilahirkan pada 17 Januari 1922, Betty White mula menunjukkan minat dalam dunia seni sejak usianya masih kecil. Perlahan-lahan, dia melangkah ke dunia Hollywood apabila terpilih menyertai siaran percubaan sebuah stesen televisyen sekitar 1939.

Selama 80 tahun dia mengemudi bahtera seni, namanya cukup disegani dalam dunia seni. Memegang gelaran First Lady of Television, White cukup popular dengan barisan sitkom hebat antaranya The Golden Girls, Mama’s Family dan Life of Elizabeth.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mendirikan rumah tangga bersama Allen Ludden selepas kerap kali bertemu dalam sebuah rancangan hiburan, lelaki itu adalah cinta abadinya. Dua kali gagal dalam rumah tangga sebelum ini menjadikan Betty cukup berhati-hati.

Namun karisma, kasih sayang dan cinta Allen membuatkan Betty terbuka hati dan akhirnya memilih lelaki itu sebagai nahkoda hidupnya. Namun hanya 18 tahun mereka memadu kasih, Allen pulang ke negeri abadi.

Sehingga akhir usianya, Betty tidak mencari cinta baharu. Dia menutup usianya dengan cinta dan kasih terhadap suaminya itu. Dia tidak berganti hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah memetik kata-kata pembantunya, Betty berulang kali memanggil nama suaminya ketika di hujung nafas terakhirnya. Rasa rindu dan sayang dilepaskan selari usianya di dunia ini.

SAMPAI HUJUNG NYAWA
Menyingkap kisah cinta antara dua sejoli ini, perkenalan singkat mereka membawa dua hati menjadi satu. Apabila Allen melamar, hati Betty ketika itu berbolak balik. Dia sukar menerima cinta dalam hati.

Cincin berlian tanda lamaran dipakai Allen sebagai bukti, dia akan tetap menunggu. Akhirnya Betty menyerah kalah. Namun, tidak dia tahu, penyerahan itu disertakan sekali dengan ikatan hingga hujung usia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya belum bersedia untuk memberi peluang kepada sesiapa. Tetapi terdetik dalam hati, bagaimana saya tanpa lelaki ini. Terima kasih Tuhan kerana membuka hati.

“Dia adalah lelaki paling tulen yang pernah saya kenali. Saya jatuh cinta dengan semangatnya. Dia seperti meminati segala-galanya,” katanya ketika ditemuramah majalah People circa 2012.

Kisah cinta sejati mereka diabadikan untuk tatapan semua. Kedua nama mereka duduk bersebelahan di Walk Of Fame pada 1988.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak boleh ungkapkan dengan kata-kata betapa bermaknanya hari ini kepada saya. Mungkin bintang kami akan terus menari bersama bila tiba waktunya,” ucap Betty sambil ditemani air mata ketika majlis perasmian.

Ketika Allen disahkan menghidap barah perut sekitar penghujung era 70- an, Betty setia bersama lelaki kiriman Tuhan untuknya itu. Dia tetap menemani suaminya walaupun pulang lewat daripada program hiburan.

“Dia meletakkan gambar Allen di atas meja dan akan menciumnya setiap pagi. Sebelum tidur dia akan melihat langit dan bintang malam sambil melayangkan ciuman. Dia terlalu mencintai suaminya,” kongsi pembantu peribadinya, Kiersten Mikelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tatkala ditanya mengapa dia tidak berkahwin lagi selepas pemergian suaminya, Betty seraya tersenyum menjawab;

“Saya telah bertemu cinta sejati. Jika anda telah bertemu yang terbaik, untuk apa mencari lagi,” katanya.

Tanggal 31 Disember lalu, Betty menutup usianya di angka 99 dalam lena tidur. Dia meninggalkan legasi The Golden Girl yang cukup sinonim dengannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, kisah cinta sejatinya tidak akan pudar. Kekal selamanya.

Sumber: PEOPLE.COM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DALAM tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan akan datang, satu daripada segmen industri negara iaitu seni dan hiburan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis menafikan telah menahan van berwarna putih yang didakwa melakukan kegiatan jenayah menculik kanak-kanak di sekitar perumahan murah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan mesin permainan kaut atau ‘claw machine‘ haram digunakan dalam agama Islam. Perkara...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CAIRO – Keputusan pengendali Mesir, Rui Vitoria untuk melepaskan Mohamed Salah lebih awal daripada kem latihan kebangsaan jelas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications