Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

City berhak ke final demi buru trebel


MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte berharap mereka akan berjaya merangkul tiga gelaran musim ini kerana dia percaya skuad kendalian Pep Guardiola berhak memperoleh kejayaan tersebut.

Sekiranya Manchester City berjaya menewaskan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid awal pagi esok, mereka akan berada di pentas final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga musim.

Selepas itu, Manchester City juga berpeluang menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kelima dalam tempoh enam tahun sekiranya mereka mengatasi Chelsea pada 21 Mei ini nanti sementara perlawanan akhir Piala FA akan menanti Manchester City pada 3 Jun nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, Laporte menyifatkan fokus pasukan ketika ini lebih jelas dan berharap mereka mampu menjulang gelaran trebel.

“Ia adalah misi besar untuk kami dan penting untuk musim ini. Kami berhak mendapat ba­nyak perkara. Semoga kami boleh mendapat tiga gelaran.

“Tetapi, kami perlu fokus dalam setiap perlawanan, me­lakukan apa yang telah kami lakukan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan lebih banyak lagi,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain tumpuan Manchester City, Ilkay Gundogan menjadi tonggak penting dalam perlawanan baru-baru ini selepas berjaya meledak dua gol sambil turut memberi umpanan gol kepada Erling Haaland ketika mereka mengatasi Everton 3-0.

Aksi terbaik Gundogan mendapat pujian Guardiola dan menyifatkan pemain Jerman itu mengambil tanggungjawab selaku kapten pasukan dengan baik sekali gus menjadi nadi pa­sukan City musim ini.

“Pastinya pasukan akan menghadapi jadual yang padat. Jadi kami perlu cuba menyesuaikan diri dan memanfaatkan peluang sebaik mungkin bagi mencipta sejarah cemerlang kelab ini me­rangkul gelaran trebel,” ujar Guardiola. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement