Hi, what are you looking for?

Lifestyle

‘Cleaner’ Berhati Mulia, Lelaki Ini Wakafkan 2 Mesin Dialisis Bernilai RM 80K Di Tempat Kerjanya


Wang hasil jualan tanahnya digunakan untuk mewakafkan 2 mesin dialisis.

‘Cleaner’ Berhati Mulia, Lelaki Ini Wakafkan 2 Mesin Dialisis Bernilai RM 80K Di Tempat Kerjanya. Baru-baru ini tular sebuah perkongsian di media sosial yang telah berjaya menyentuh hati banyak pihak apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang tukang cuci mewakafkan 2 mesin dialisis bernilai RM 80K hasil dari jualan tanahnya.

Bekerja sebagai seorang tukang cuci atau cleaner di sebuah Pusat Dialisis, insan mulia bernama Kalipulizan telah mewakafkan dua mesin dialisis tersebut di tempat kerjanya.

'Cleaner' Berhati Mulia, Lelaki Ini Wakafkan 2 Mesin Dialisis Bernilai RM 80K Di Tempat Kerjanya
‘Cleaner’ Berhati Mulia, Lelaki Ini Wakafkan 2 Mesin Dialisis Bernilai RM 80K Di Tempat Kerjanya

Kisah Kalipulizan ini mendapat perhatian ramai

Perkara ini mula mendapat perhatian ramai setelah seorang pengguna Facebook ini berkongsi kisah Kalipulizan atau nama panggilannya Kali ini. Dalam perkongsiannya itu, dia mengatakan Kali adalah seorang tukang cuci di sebuah Pusat Dialisis dan merupakan pelanggannya.

Pengguna Facebook tersebut berkata dia telah dilantik oleh Kali untuk menjualkan tanah miliknya. Wang yang diperoleh dari tanah tersebut dikatakan untuk dibuat belanja serta Kali ingin membeli 2 mesin dialisis untuk diwakafkan ke tempat kerjanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai jenis mesin dialisis dan fungsinya adalah untuk menggantikan fungsi buah pinggang apabila organ tersebut mengalami masalah kegagalan. Biasanya, golongan yang memerlukan mesin dialisis ini perlu mengunjungi pusat dialisis secara berkala dan mesin ini amat mahal kosnya.

'Cleaner' Berhati Mulia, Lelaki Ini Wakafkan 2 Mesin Dialisis Bernilai RM 80K Di Tempat Kerjanya

Netizen rata-ratanya terharu dengan

Dalam perkongsian itu lagi, Kali juga dikatakan tidak mempunyai kereta, hanya motosikal sahaja yang dimilikinya.

Dikongsikan sebanyak 3K (setakat artikel ini ditulis), rata-rata netizen di ruangan komen terharu dengan kebaikan Kali ini dan banyak doa-doa yang baik dihulurkan netizen buatnya.

Walaupun hidup penuh bersederhana, Kali sanggup mewakafkan hartanya bagi membantu golongan yang memerlukan ini. Diharap agar Kali diberikan keberkatan, dimurahkan rezeki serta mendapat ganjaran yang setimpal di dunia dan juga akhirat nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Lifestyle

0 Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak ‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications