Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

“Collar” Ketat, Gelagat Comel Anjing Tenang Seakan Tahu Sedang Dibantu Raih Perhatian Ramai


“Collar” Ketat, Gelagat Comel Anjing Tenang Seakan Tahu Sedang Dibantu Raih Perhatian Ramai

Haiwan jalanan seperti anjing sering kali disisihkan sesetengan masayarakat daripada mendapat kasih sayang dan perlindungan seperti haiwan-haiwan yang lain.

Malah, ada juga yang beranggapan bahawa memegang anjing itu ‘haram’ serta ia akan bertindak agresif kepada manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat di Malaysia lebih berfikiran terbuka untuk mendekati dan membantu haiwan jalanan seperti anjing liar ini.

Hal ini kerana tidak semua anjing liar boleh mengundang bahaya kepada manusia bahkan ada juga yang baik hati menolong manusia dengan menjaga keselamatan kebun serta rumah.

Sikap sesetengah individu yang membantu menyelamatkan dan melindungi haiwan jalanan ini sudah pasti akan dapat menyentuh hati mana-mana individu yang melihatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini, satu video tentang seorang lelaki cuba menyelamatkan seekor anjing bernama Kulim dengan mencabut ‘collar’ yang ketat dilehernya telah tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @uminadzrahisahak di laman TikTok, seorang lelaki yang dinyatakan sebagai doktor veterinar telah berusaha untuk mencabut collar yang berada pada leher haiwan tersebut.

Ia kerana, menurut penerangan dalam video tersebut, collar yang dipakai anjing itu telah menjadi ketat dan dikhuatiri akan menyakitkan anjing berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekoran daripada itu, dapat dilihat bahawa doktor tersebut telah berusaha membuka collar berkenaan dengan penuh berhati-hati tanpa mencederakan anjing itu.

Ajaibnya, anjing tersebut dilihat tenang dan seakan tahu bahawa orang-orang di sekelilingnya itu sedang membantunya.

@uminadzrahisahak

Selamat kan Kulim dari tercekik #dogsoftiktok #rescuedog

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Buah Hati – Armada

Difahamkan bahawa Kulim merupakan seekor anjing liar yang selalu datang dan diberi makan sehinggakan ia dilantik sebagai penjaga kebun yang tidak jauh dari rumah @uminadzrahisahak.

Menurut @uminadzrahisahak, ketika Kulim datang ke rumah, ia akan berada di perkarangan rumah sementara menunggu untuk diberikan makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas mendapat makanan, Kulim akan menggonggong plastik makanan itu dan membawanya ke kebun untuk makan di sana.

Haiwan penjaga kebun ini dikatakan mempunyai anak kecil sebanyak lapan ekor yang hidup bersamanya di dalam kebun itu.

Dalam satu lagi video, @uminadzrahisahak turut mempamerkan anak-anak Kulim yang sedang membuat sekatan jalan raya di laluan masuk ke kebun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@uminadzrahisahak KULIM ada anak, tapi anak2 dia dah kemana2 hala ntah, mungkin dpt kerja kebun2 sebelah. Ni vid tahun lepas anak2 masih kecik. Skrg Kulim long ranger. #kulimthedog #dogsoftiktok ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Video mengenai haiwan ini telah mendapat perhatian ramai sehingga mendapat 515.6K tontonan, 52.1K tanda suka dan 1253 komen di TikTok.

Malah, ia turut dikongsikan di beberapa media sosial lain seperti Twitter dan Facebook. Ramai juga netizen yang mengucapkan ucapan terima kasih kepada doktor veterinar berkenaan kerana menyelamatkan Kulim daripada tercekik dengan collar pada lehernya itu.

Tidak hanya itu, banyak juga komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen seperti berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: TikTok uminadzrahisahak| KampungmamakcomGambar: TikTok uminadzrahisahak| KampungmamakcomGambar: TikTok uminadzrahisahak| KampungmamakcomGambar: TikTok uminadzrahisahakSumber: TikTok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Tidak memandang kecantikan semata-mata, pelakon Aedy Ashraf mengakui selesa di sisi Amelia Henderson disebabkan personaliti aktres jelita itu yang membuatkan...

Hiburan

3s SELEPAS hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus akhirnya berjaya membawa pulang trofi berprestij Anugerah Grammy ke-66 yang...

Sukan

3s SEREMBAN – Pasukan hi wanita Negeri Sembilan memulakan kempen Liga Hi Malaysia (MHL) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan PDRM Blue Warriors 3-2...

Advertisement