Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Comel, Adik Ni Salah Sambut Laungan Merdeka, Teriak “Tadika..Tadika..Tadika” Jadi Viral


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Comel, Adik Ni Salah Sambut Laungan Merdeka, Teriak “Tadika..Tadika..Tadika” Jadi Viral

Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengunjung yang hadir dalam acara yang paling dinanti-nantikan setiap tahun ini merangkumi pelbagai lapisan umur dan bangsa.

Acara yang gah ini sudah semestinya memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, khususnya kepada mereka yang pertama kali menyertai sambutan Hari Kebangsaan.

Selain terpukau dengan pertunjukan perbarisan daripada kontinjen-kontinjen yang terlibat, pengunjung juga didedahkan dengan pengetahuan baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antaranya, perarakan aset-aset yang dimiliki oleh setiap badan kerajaan dan unit-unit khas yang jarang ditampilkan pada khalayak ramai.

Perkara ini sudah semestinya mampu memberikan inspirasi kepada pengunjung, khususnya kanak-kanak untuk memilih kerjaya pada masa yang datang.

Selain aksi ahli-ahli kontinjen dalam perbarisan, sudah semestinya gelagat-gelagat pengunjung juga mencuri tumpuan ketika sambutan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semangat betu, tapi salah pula. Adik comel sahut laungan merdeka dengan teriak tadika

Khususnya, gelagat kanak-kanak yang begitu bersemangat ketika menyambut hari kebesaran negara pada masa itu.

Menerusi hantaran video TikTok menerusi akaun pengguna Ain Salim (@ain.salimm), anak perempuan kelihatan begitu bersemangat ketika sambutan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika laungan keramat ‘Merdeka’ dilaungkan, anaknya juga melaungkan perkataan tersebut bersama orang-orang di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, apabila sebutan anaknya diteliti secara teliti, apa yang keluar daripada mulut anaknya bukanlah perkataan keramat Merdeka. Sebaliknya, anak perempuannya menyebut perkataan yang sinonim dengan usia dan tempat belajarnya.

“Tadika! Tadika! Tadika! Tadika!,” laung anak perempuannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun perkataan yang dilaungkannya agak sedikit menyimpang, semangat patriotisme anaknya jelas digambarkan menerusi aksi mengangkat tangannya serta raut wajahnya yang bersemangat wajah.

“Bila anakku mewakili kanak-kanak Tadika, beginilah jadinya. Takpe janji muka confident,” ibunya berseloroh pada ruangan kapsyen. 

@ain.salimm

Bila anakku mewakili kanak2 Tadika gini lah jadi nya. Takpe janji muka konpiden 😂 #merdeka66 #merdeka2023 #putrajaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Gelagat comel kanak-kanak laungkan ‘Tadika’ ketika Hari Kemerdekaan hiburkan warga TikTok

Video yang memaparkan laungan bersemangat kanak-kanak ‘Tadika’ ini telah mencuri tumpuan warga maya apabila berjaya meraih 259.9k jumlah tontonan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, video ini juga meraih kira-kira 18.2K likes dan 573 komen dari warga maya yang terpukau dengan kecomelan kanak-kanak itu.

Rata-rata, pengguna TikTok terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut dan bergurau bahawa mungkin kanak-kanak tersebut tidak sempat menghadiri raptai.

“Rehearsal jangan ponteng, dik,”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Janji ada bunyi, dik,”

“Hidup Tadika!!” antara komen-komen pengguna TikTok yang mencuit hati.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: @ain.salimm via TikTok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement