“Confirm” Bertambah Nasi, Resepi Ikan Kembung Rebus & Air Asam Cabai Picit Wajib Cuba
Seperti yang diketahui sekarang boleh dikatakan hujan di sebelah petang, lebih-lebih lagi Malaysia sekarang berada di fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Kebiasaannya, waktu hujan beginilah yang membuatkan perut kita selalu lapar. Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan satu menu bercitarasa tekak Melayu yang pastinya membuatkan orang ramai kecur liur iaitu resipi ikan kembung rebus air asam cabai picit. Pasti bertambah-tambah nasi kalau buat di rumah.
Resipi ini juga sebenarnya boleh dibuat untuk ‘menyicah’ sahaja. Sekali dah masuk dalam mulut, cuaca pulak hujan, nikmat.
Jadi, mari kita cuba sendiri resipi ikan kembung rebus air asam cabai picit ini seperti yang dikongsikan di TikTok @cikhijau_official di bawah. Semoga bermanfaat.
Resipi Ikan Kembung Rebus Air Asam Cabai Picit
Gambar: TIkTok @cikhijau_official
Bahan-Bahan
Ikan kembung
Asam keping
Kacang Bendi
Terung
Pes asam jawa
Cili padi
Belacan bakar
Air suam
Perahan limau nipis
Pes sambal hijau (tambahan)
Timun
BACA JUGA: Yang Nak Buat Kenduri Boleh Cuba, Ini Resepi Air Asam Kerisik
Cara Penyediaan
Gambar: TIkTok @cikhijau_official
Pertama, masukkan ikan kembung ke dalam kuali yang telah diisi air. Letakkan sedikit asam keping untuk membuat ikan rebus. Setelah siap rebus, angkat ikan tersebut.
Kedua, celur bendi ke dalam air panas sebentar manakala terung grill di atas kuali.
Ketiga, sediakan satu bekas untuk membuat air asam. masukkan pes asam jawa, cili padi, belacan bakar, pes sambal hijau (tambahan) sedikit air suam dan perahan limau nipis.
Gambar: TIkTok @cikhijau_official
Keempat, gunakan tangan untuk memicit-micit air asam (pastikan guna sarung tangan). Tambahkan sedikit air jika kurang dan perah limau nipis ke dalam air asam jawa.
Gambar: TIkTok @cikhijau_official
Kelima, selepas itu, ambil ikan kembung yang telah disiap rebus tadi. Leraikan isinya daripada tulang.
Gambar: TIkTok @cikhijau_official
Keenam, susun isi ikan kembung yang telah dileraikan termasuk terung, bendi dan timun yang telah siap dipotong.
Gambar: TIkTok @cikhijau_official
Dah siap. Mudah je kan? Selamat mencuba.
BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir
Kembung rebus air asam cabai picit
Menu diet paling sedap… tak sempat mkn nasi, tahu2 dah licin
#menudiet #menukampung #diet #dietsihat #dietsihatmalaysia #dietsimple #dietseimbang #crewlife
#jomkurussihat #kurus #tipsdiet #kurussihat #resipitiktok #resipimudah #fyppppppppppppppppppppppp #fyppdongggggg
Sumber: TikTok @cikhijau_official
The post “Confirm” Bertambah Nasi, Resepi Ikan Kembung Rebus & Air Asam Cabai Picit Wajib Cuba appeared first on Siakap Keli.
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
