Hi, what are you looking for?

Mamak News

Covid-19: 2,356 kes dilaporkan semalam


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,356 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,746,894 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 1,875 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,717,292 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 31,463 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 472.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 775 diikuti Kuala Lumpur (479), Sabah (227), Perak (175), Negeri Sembilan (127), Pulau Pinang (104), Melaka (97) dan Johor (86).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Sarawak (62), Pahang (59), Kelantan (49), Kedah (42), Terengganu (28), Putrajaya (25), Labuan (11) dan Perlis (10),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,225.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,699 setakat ini.

Sebanyak 30,084 kes dikuarantin di rumah, 20 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,285 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun 9 bulan maut dipercayai akibat didera seorang jurujual yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Dumen rahsia milik seorang pengarah produksi yang dilarikan bekas pekerjanya, seorang warga China sejak tahun...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Pada tahun 2006, kita menyaksikan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications