Hi, what are you looking for?

Mamak News

Covid-19: AS tidak putus asa, terus salahkan China


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilihat seolah-olah tidak berputus asa untuk cuba menyalahkan China sebagai punca penularan wabak Covid-19.

Tindakan itu amat jelas apabila dua kajian baharu mengemukakan lebih banyak bukti dengan menegaskan wabak Covid-19 berasal dari pasar haiwan liar dan unggas eksotik hidup di Wuhan, China.

Hasil kajian itu sekali gus mengukuhkan lagi teori bahawa virus berkenaan benar-benar berasal dari pasar basah terbabit dan bukannya kebocoran makmal di negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kajian baharu itu yang diterbitkan dalam jurnal Science, menunjukkan Pasar Makanan Laut Huanan berkemungkinan merupakan pusat penyebaran wabak Covid-19.

Para saintis membuat kesimpulan bahawa virus yang menyebabkan Covid-19 dan SARS-CoV-2, berkemungkinan merebak dari haiwan ke manusia pada dua waktu berbeza.

“Semua bukti ini memaklumkan perkara yang sama iaitu menunjukkan virus itu berasal dari pasar terletak di tengah Wuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum ini saya pun yakin teori kebocoran makmal sehingga kami mengkaji perkara ini secara teliti dan melihatnya dengan lebih dekat,” kata pengarang bersama salah satu kajian itu, Kristian Andersen.

Dalam satu kajian, ahli biologi dari Universiti Arizona, Michael Worobey bersama pasukan penyelidiknya menggunakan alat pemetaan bagi menentukan lokasi lebih 150 kes Covid-19 yang paling awal dilaporkan dari Disember 2019.

Pasukan penyelidik itu turut memetakan kes dilaporkan dari Januari dan Februari 2020 dengan menggunakan data daripada aplikasi sosial media yang diwujudkan bagi pesakit Covid-19 mendapatkan bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, beberapa soalan ditanya ketika melakukan kajian itu termasuk lokasi didiami oleh pesakit Covid-19 berkenaan.

“Ternyata apabila mengkaji secara teliti, terdapat corak luar biasa yang mana kepadatan tertinggi kes sangat berhampiran dan berpusat pada pasar basah itu.

“Perkara penting adalah ia terpakai kepada semua kes pada bulan Disember dan kes tanpa kaitan ke pasar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini juga merupakan petunjuk virus itu mula merebak pada orang yang bekerja di pasar itu dan seterusnya ke penduduk setempat,” katanya.    

Dalam kajian lain pula, para penyelidik menganalisis kepelbagaian genomik virus di dalam dan luar China, bermula dengan sampel terawal pada Disember 2019 dan berlanjutan sehingga Februari 2020.

Penyelidik mendapati dua virus keturunan A dan B menandakan permulaan pandemik di Wuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarang bersama kajian, Joel Wertheim menegaskan virus keturunan A secara genetik lebih mirip dengan koronavirus kelawar namun keturunan B pula mula merebak lebih awal pada manusia terutamanya yang berada di pasar basah itu. – AP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement