Hi, what are you looking for?

Covid-19

Covid-19 Bunuh 5.5 Juta Penduduk Dunia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

WASHINGTON – Virus Covid-19 membunuh sekurang-kurangnya 5,503,347 orang sejak pandemik muncul di China pada Disember 2019, demikian menurut angka agensi berita AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi setakat kelmarin.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi Covid-19 sebanyak 842,322 kematian diikuti Brazil dengan  620,238 kematian, India (484,655) dan Rusia (318,432).

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Covid-19 Omicron adalah berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksinasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

WHO berkata, peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh dunia adalah berpunca daripada Omicron. Varian itu didapati lebih mudah berjangkit daripada varian Delta yang dominan sebelum ini.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu melaporkan lebih 15 juta kes Covid-19  pada minggu lalu dengan jutaan jangkitan lagi dipercayai tidak direkodkan.

Bagaimanapun, WHO meminta kerajaan-kerajaan di seluruh dunia tidak menyerah kalah kepada Omicron.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun Omicron menyebabkan jangkitan kurang teruk berbanding Delta, ia masih kekal sebagai virus berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksinasi.

“Kita tidak boleh membiarkan virus ini bebas menular dan mengibarkan bendera putih terutamanya masih ramai orang di seluruh dunia belum mendapat pelalian,” kata Ketua Pengarah WHO  Tedros Adhanom Ghebreyesus pada satu sidang akhbar. – AFP 

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KULIM, 4 Dis (Bernama) — Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, mengadakan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AMPANG – Motosikal hilang kawalan lalu terbabas, menjadi punca seorang lelaki meninggal dunia di Kilometer (KM) 18.9 Lebuh...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Sekumpulan aktivis diheret keluar dari restoran stik mewah milik Salt Bae di tengah London selepas melancarkan protes...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PELUMBA ONEXOX TKKR Racing Team, Akid Aziz mencuri tumpuan apabila berjaya mengungguli penutup Kejuaraan Malaysia Cub Prix di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications