Hi, what are you looking for?

Covid-19

Covid-19: Dua aksi Liga Premier ditunda


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Kehangatan saingan Liga Malaysia (Liga M) sedikit tercalar selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua aksi Liga Premier terpaksa ditunda akibat penularan wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, dua perlawanan itu membabitkan pertemuan Selangor FC 2 dan Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM, Shah Alam pada malam esok dan PDRM FC bertemu Kuching City FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin nanti.

“Pihak sekretariat MFL telah menerima permohonan daripada PDRM FC di mana seorang jurulatih dan 14 pemain mereka didapati positif dan kontak rapat bergelaja sementara dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga ditimpa nasib yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dukacita dimaklumkan perlawanan membabitkan Selangor FC 2 bertemu Skuad Projek FAM-MSN dan PDRM FC menentang Kuching City FC terpaksa ditunda apabila lebih separuh pemain serta pegawai daripada pasukan yang dimaksudkan telah mengalami jangkitan positif serta kontak rapat bergelaja Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, MFL mengesahkan pindaan tarikh baharu dua perlawanan berkenaan akan diumumkan dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya menembak depot peluru Russia berhampiran sebuah jambatan penting di selatan negara itu. Malah,...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Rain bakal hadir ke Malaysia pada 27 Ogos ini...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MACHANG – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melarikan sebuah motosikal milik seorang individu yang sedang membeli nasi bungkus...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BAGAN SERAI – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mengedar heroin di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications