Pandemik COVID-19 yang berterusan hampir 2 tahun ini amat memeritkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Terkadang berita kematian itu berlaku terlalu pantas dan tidak terjangka kita akan kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata.
Sebelum ini pernah kami kongsikan berita sedih, si anak kecil berusia 2 tahun kehilangan kedua ibubapa dalam sekelip mata akibat kejamnya pandemik ini. Bagi anda dan keluarga yang masih sihat, jagalah diri dan sentiasa bersihkan diri, jangan lupa ambil vaksin sebagai langkah ikhtiar.
Arwah meninggal akibat COVID-19

Seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai IekaSanie mengundang sebak orang ramai apabila satu keluarganya dijangkiti Covid-19 dan akhirnya ayah tersayang menjadi korban wabak tersebut.
Menurut anak arwah yang dihubungi sebentar tadi, ayahnya dimasukkan ke wad selama 8 hari sebelum doktor menghubungi mereka sekeluarga memberitahu si ayah sudah meninggal dunia.
Difahamkan keadaan arwah ayahnya kritikal kerana paras oksigen secara tiba-tiba menurun ke bacaan 55 peratus.
Lambaian atas ambulans merupakan lambaian terakhir buat keluarga

Ayah memang seorang yang periang

Apa yang memberi kesan kepada orang ramai adalah sifat ayahnya yang riang dan baik dengan semua orang. Lambaian di dalam video tersebut merupakan lambaian dan pelukan terakhirnya untuk keluarga tercinta.
Salam takziah kami ucapkan buat keluarga allahyarham Rizalsani atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pak Tam’. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-fatihah.
Sumber: Iekasanie / SiakapKeli
BACA: Isteri Menyusul Sehari Selepas Pemergian Suami, Anak 2 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata
BACA: [VIDEO] Lelaki Ini Kongsikan Barangan Berguna Ketika COVID-19
