Hi, what are you looking for?

Sukan

Cristiano Ronaldo bakal mengamuk


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MANCHESTER – Bintang Manchester United, Cristiano Ro­naldo dikatakan bekerja keras dalam latihan dan sudah bersedia sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech tengah malam ini.

The Red Devils terdesak untuk menggunakan khidmat Ronaldo selepas memulakan saingan Liga Perdana musim ini dengan aksi mengecewakan apabila tewas 1-2 kepada Brighton di Old Trafford minggu lalu.

Meskipun Ronaldo berulang kali mengatakan dia mahu me­ninggalkan United musim ini, namun khidmatnya masih ditagih pengurus, Erik Ten Hag selepas era baharu pasukan tidak bermula seperti dijangka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, beliau mengharapkan aksi lebih baik ditampilkan barisan pemainnya ketika berkunjung ke Brentford bagi mengubat kekecewaan gagal mendapatkan tiga mata pada perlawanan di laman sendiri.

“Selepas perlawanan dengan Brighton, semua pemain tahu mereka perlu bekerja lebih keras serta lupakan kekalahan tersebut. Sekarang kami perlu fokus bagi memastikan pasukan bermain lebih baik.

“Saya dapat kesan beberapa kelemahan yang ada dalam pasukan dan ia akan diperbetulkan dalam sesi latihan. Tidak kira bertemu pasukan mana pun, kami tidak boleh ulangi kesilapan se­perti sebelum ini,” kata Ten Hag.

Advertisement. Scroll to continue reading.

United dijangka mampu bangkit daripada kekalahan sebelum ini sekiranya mereka menurun­kan Ronaldo, Christian Eriksen dan Bruno Fernandes dalam ke­sebelasan utama pada pertemuan hari ini. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Polis Cari Waris Abang Tiri Kim Jong Un, Tuntut Barangan Peribadi Mendiang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAJANG – Aksi seorang lelaki tempatan mencuri tong gas di sebuah kediaman yang tular di media sosial akhirnya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KKR nafi dakwaan ‘Malaysia ke-12 terbawah miliki jalan raya terburuk’ KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Kementerian Kerja...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang wanita melahirkan rasa syukur apabila proses mengeluarkan wang simpanan ibunya yang menghidap str dipermudah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications