Hi, what are you looking for?

Mamak News

Cristiano Ronaldo Boleh Tinggalkan MU Januari Depan


Pengurus Manchester United (MU) Erik Ten Hag tidak akan menghalang penyerangnya Cristiano Ronaldo sekiranya pemain itu ingin meninggalkan Red Devils pada Januari depan, lapor The Telegraph.

Ten Hag berkata demikian semasa perjumpaan bersama pemain-pemain dan kakitangan MU selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang jiran seteru Manchester City baru-baru ini.

Bagaimanapun dalam perjumpaan itu, status masa depan Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan selepas beliau hanya ‘ditugaskan’ untuk memanaskan bangku simpanan semasa MU dibelasah 3-6 dalam pertemuan Manchester Derby itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, legenda bekas kapten kelab Roy Keane berkata United dituduh menunjukkan Ronaldo tidak melakukan apa-apa tetapi terlihat tidak menghormati pasukannya.

Beliau berkata demikian ekoran mempersendakan dakwaan Ten Hag untuk meletakkan Ronaldo sebagai pemain simpanan kerana menghormati kerjaya besarnya susulan MU agak  ketinggalan dalam perlawanan itu.

Ketika perlawanan itu, Ronaldo mempamerkan riak kecewa dari tepi padang semasa menatap United berada di ambang kekalahan, selain dikatakan berharap berpindah pada Januari depan selepas gagal keluar dari MU sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Ten Hag ketika itu berhati-hati semasa topik mengenai Ronaldo dibangkitkan, namun beliau terbuka sekiranya pemain berusia 37 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford.

Sebelum ini bekas pengurus Ajax itu dilihat mahu mengekalkan Ronaldo semasa mula mengambil alih MU namun beliau kini terlihat santai sejak pemain dari Portugal tersebut menyatakan dengan jelas dia mahu pergi.

Sebelum ini, dilaporkan Ronaldo berminat untuk menyertai kelab yang tersenarai dalam Champions League Football pada musim panas namun hanya satu tawaran yang diberikannya olehnya iaitu Kelab Saudi Al Hilal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Manchester United dibelasah 3-6 oleh Manchester City (City) dalam saingan EPL yang berlangsung di Stadium Etihad pada Ahad lepas.

Kekalahan pada perlawanan ketujuh itu sekali gus meleburkan rekod kemenangan empat kali berturut-turut dalam saingan EPL dan kini MU menduduki tempat keenam liga dengan 12 mata.

Sumber: The Telegraph 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement