Hi, what are you looking for?

Mamak News

Cuai jaga anak, ibu bapa penjara boleh masuk penjara


NUZULSHAM SAMSUDDIN, WARTAWAN EKSEKUTIF

TANGGAL 3 Mei lalu, terjawab sudah segala persoalan berhubung nasib pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali mengenai kes remaja sindrom Down Bella yang kecederaannya tular di media sosial.

Semuanya apabila Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap Siti Bainun, 31, atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun dipenjara 10 tahun bagi pertuduhan me­ngabai dan 12 tahun untuk ke­salahan meng­aniaya. Hukuman itu diperintahkan berjalan serentak yang mana Siti Bainun perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Sehingga analisis ini ditulis, Siti Bainun gagal untuk menangguhkan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika penghakiman, Hakim Izaralizam Sanusi berpuas hati dengan hujah pendakwaan yang menyatakan mangsa dianiaya ketika di bawah penjagaan ­tertuduh.

Bagi pengamal undang-undang Muhammad Amin Abdullah, beliau berpendapat seseorang yang telah diamanahkan untuk menjaga kanak-kanak mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan kanak-kanak yang dijaga berada dalam keadaan selamat pada setiap masa.

Ujar beliau, dalam kes melibatkan penjagaan kanak-kanak, mahkamah boleh memberikan hukuman pemenjaraan bagi kes-kes di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak -Kanak 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu bapa atau penjaga perlu peka kerana sekiranya sebarang malapetaka yang menimpa kanak-kanak tersebut dari segi fizikal mahupun emosi yang berpunca daripada kecuaian, ­penganiayaan, pembuangan atau pendedahan, ibu bapa atau penjaga akan dipertanggungjawabkan,” kata Muhammad Amin.

Mendengar apa yang dikatakan pengamal undang-undang itu, penulis teringat dengan satu kes yang pernah tular dan menggemparkan negara iaitu kisah adik Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah.

Remaja istimewa itu ditemui dalam keadaan menyedihkan pada 2014 oleh sepasukan anggota imigresen ketika operasi di kawasan rumah pangsa Taman Semarak, Nilai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penemuan adik Muhammad Firdaus itu, kemudian membawa ibunya, Lolanopita Sadi, 47, ke muka pengadilan dan dijatuhi ­hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Hukuman itu selepas wanita berkenaan mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu me­ngabai dan membiar anaknya tinggal tanpa pengawasan.

Adik Muhammad Firdaus kemudian meninggal dunia pada usia 16 tahun di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban pada tahun 2015 dipercayai akibat diserang sawan, manakala pada tahun Ogos 2021, ibunya meninggal dunia kerana mengalami masalah buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang penyanyi cacat penglihatan dari Indonesia menerima kejutan besar apabila berjaya meraih Golden Buzzer dalam rancangan America’s Got Talent (AGT), baru-baru ini....

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications