Hi, what are you looking for?

Mamak News

Cuba Serang Anggota PGA Dengan Parang Semasa ‘Seludup’ PATI, Tekong Darat Maut Ditembak


Gara-gara cuba menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 dengan sebilah parang, seorang tekong darat warga asing yang sedang bawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di sempadan Malaysia-Thailand maut ditembak.

Lapor Utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 1.04 pagi semalam semasa sepasukan anggota PGA sedang membuat pengawalan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, Kelantan hari kejadian.

Difahamkan, pada awalnya anggota PGA mengesan kehadiran suspek ketika individu itu sedang membawa sekumpulan PATI memasuki negara ini menggunakan laluan yang tidak diwartakan sebelum cuba menahannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, suspek terbabit berlari ke arah anggota PGA bertugas sambil memegang parang dengan tujuan dipercayai untuk menyerang.

“Sebagai tindakan mempertahankan diri, anggota bertugas telah bertindak melepaskan satu das tembakan ke sisi kiri suspek.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek mendapati dia masih bernyawa dan terdapat kesan tembakan di bahu kiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan memetik Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, suspek dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk diberikan rawatan lanjut, namun pada pukul 2.12 pagi berikutnya pegawai perubatan mengesahkan suspek sudah meninggal dunia.

Suspek dipercayai bertindak sebagai tekong 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi, anggota Batalion 9 berjaya menahan lima lelaki dan dua perempuan PATI warganegara Myanmar.

“Pada masa yang sama, PGA telah buat rampasan satu pucuk pistol Steyr bersama peluru dan sebilah parang.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan suspek mendapati dia tidak mempunyai parut suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin). Kita tidak menolak kemungkinan mangsa bukan warganegara Malaysia,” katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, jelas Muhammad Zaki, suspek yang membawa masuk PATI ke negara ini menggunakan jalan tidak sah untuk ke tempat persembunyian sebelum diambil oleh pihak lain dipercayai berperanan sebagai tekong.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 55 E dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement