Hi, what are you looking for?

Khairul aming Kongsikan Tips Pasca Banjir Perlu Tahu

Mamak News

“Cuci Bilik Tidur Dahulu,” @Khairulaming Kongsikan Tips Pasca Banjir Perlu Tahu


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Musim-musim banjir ni memang tak dinafikan akan menimbulkan perasaan yang tidak selesa. Lagi-lagi lepas banjir sudah surut.

Dengan lantai yang basah, perabot rumah kembang dan rosak, perkakas rumah sudah tak boleh guna lagi, memang penat nak kemaskan.

BACA: 8 Peralatan Menghadapi Darurat Banjir Yang Kita Perlu Ada

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai lagi masih keliru nak mengemas dan mencuci dari mana dahulu.

Khairul aming Kongsikan Tips Pasca Banjir Perlu Tahu

Jadi, menerusi perkongsian dari ciapan Khairul Aming, anda boleh ikuti cara efektif membersihkan rumah pasca banjir.

  1.  Cuci bilik tidur dahulu. Anda memerlukan ruang yang bersih dan selesa untuk tidur dan rehat sebab proses mengemas akan mengambil masa seminggu.
  2. Jangan hidupkan alatan elektronik yang dah tenggelam walaupun sudah kering.
  3. Cuci barang-barang yang ada fabrik dahulu seperti karpet, sejadah, pakaian sebelum menjadi keras akibat terkena lumpur. Barang-barang seperti pinggan, mangkuk, tupperware tu buat time akhir nanti.
  4. Kalau ada tilam yang memang dah berbau dan tidak boleh pakai, letak dahulu di depan rumah. Jangan bakar tilam itu, nanti asap hitam busuk keluar nanti.
  5. Keluarkan sampah dari parti depan rumah supaya air cucian boleh mula mengalir.
  6. Jika cat dinding sudah rosak, boleh guna cat minyak. Sekiranya banjir lagi, InsyaAllah tak melekat kesan banjir pada dinding.
  7. Kebiasaannya, selepas banjir memang akan ada bau bangkai dan debu. Jadi, nak tak nak anda kena tunggu hujan untuk cairkan debu-debu yang melekat itu.
  8. bagi barang seperti elektronik, kereta atau motor, anda boleh baca tips di bawah.

Sumber: Khairul Aming

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – “Pengarah yang suruh, saya ikut saja. Itu kehendak mereka. Saya pun hanya cari makan.” Demikian...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BALIK PULAU – Polis menahan empat lelaki setelah disyaki memukul pasangan anak beranak iaitu bapa dan anak lelakinya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CHINA: Seorang lelaki diarah membayar pampasan 10,000 yuan (RM6,591) oleh Mahkamah Yunxi kerana memeluk rakan wanita sekerjanya sehingga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Sememangnya kes buli yang serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, masih ada juga...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications