Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Cukup Mudah, Ini Cara Nak Buat Sendiri Baja Organik Guna Tiga Barang Dapur Je


buat baja organik

Mudah Dan Jimat, Guna Tiga Bahan Ja Untuk Buat Baja Organik Di Rumah

Tumbuhan seperti tanaman sayur dan tanaman berbuah memerlukan baja untuk hidup subur dan mengeluarkan hasil yang lebat.

Baja biasanya terdiri daripada dua jenis iaitu baja kimia dan baja organik. Baja kimia selalunya digunakan kerana lebih mudah ditemui dalam pasaran dan harganya mungkin lebih murah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa penggunaan baja kimia mempunyai risiko kesihatan kepada pengguna menerusi hasil tanaman yang dimakan.

Sisa baja kimia juga dikatakan memberi kesan tidak baik kepada alam sekitar. Maka tak hairanlah, ada yang menyarankan petani beralih kepada baja organik.

Lebih-lebih lagi kepada petani-petani kecil yang hanya bercucuk tanam di sekeliling rumah. Bercakap soal baja organik, anda pasti tertanya-tanya kan bagaimana cara nak mendapatkan baja organik ni?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan risau, penulisan pada hari ini akan berkongsikan tip atau cara bagaimana mahu membuat baja organik dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.

Yang pasti tip ini sesuai untuk mereka yang suka bercucuk tanam dan berjimat cermat.

Perkongsian berguna ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @ceoayambelanda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut perkongsian itu, tiga bahan utama untuk menghasilkan baja organik ini adalah air basuhan beras, gula merah dan Ajinomoto.

Kredit TikTok

Katanya, air basuhan mempunyai manfaat yang sangat baik untuk tanaman kerana ia banyak mengandungi mikrooiganisma baik.

“Air basuhan beras mempunyai banyak mikroorganisma baik yang bagus untuk pertumbuhan akar. Ajinomoto pula berfungsi sebagai petanda palsu kepada pokok, mengatakan yang pokok dalam keadaan lapar,” terang wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sukatan bagi bahan tersebut adalah dua liter air basuhan beras, 500 gram gula merah dan sepaket Ajinomo sebanyak 33 gram.

Caranya mudah, anda hanya perlu campurkan kesemua bahan tadi dan peram selama tujuh hari.

Kata wanita itu lagi, pastikan setiap hari anda perlu membuka penutup botol simpanan bahan campuran agar boleh mengeluarkan gas yang dihasilkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk cara penggunaannya  pula, ia cukup mudah iaitu dengan mengambil sebanyak 200 mililiter bahan yang diperam dan campur dengan 20 liter air biasa.

Kredit TikTok

Selepas bahan tadi sudah dicampur dengan air, sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyiram semua tanaman yang ada disekeliling rumah anda.

Dalam pada itu, wanita tersebut juga sempat memberikan tip menyiram tanaman iaitu dengan cara siram tanaman sebelum pukul 10 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Paling penting sekali penyiraman dilakukan sebelum pukul 10 pagi. Ini adalah kerana waktu pagi sebelum pukul 10, pokok dalam keadaan aktif mencari makanan,” jelas wanita tersebut.

Setakat ini sahaja, tip perkongsian menarik pada hari ini. Semoga perkongsian pada hari ini dapat memberikan manfaat dan ilmu yang baharu kepada pembaca.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Advertisement. Scroll to continue reading.

@ceoayambelanda

Satu lagi baja organik yang boleh buat sendiri dekat rumah dengan bahan dari dapur. paling best sekali serangga takkan datang sebab serangga tak suka dengan bau air beras ni. kalau tak sempat nak buat boleh check tiktok shop untuk baja organik sedia ada 😘 #ceoayambelanda #backyardgarden #tipsberkebun #backyardgarden #ediblegarden #bajaorganik #bajasisadapur

♬ original sound – CEO AYAM BELANDA – CEO AYAM BELANDA

Sumber: TikTok/@ceoayambelanda

The post Cukup Mudah, Ini Cara Nak Buat Sendiri Baja Organik Guna Tiga Barang Dapur Je appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications