Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

D1GP cari ‘Raja Drif’ Asia Tenggara


SELEPAS 17 tahun, perlumbaan Grand Prix (GP) D1 Malaysia (D1GP) akhirnya kembali menggegar Malaysia hujung ming­gu ini di Litar Lumba APDCrew di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang, Selangor.

Menariknya, seramai 54 pemandu drif dalam dan luar negara akan berkampung di Litar APDCrew bermula hari ini dan esok bagi merebut juara ke­seluruhan D1GP Asia Tenggara, trofi D1GP Malaysia pusingan 4 & 5 dan Perlumbaan Siri Drift Nasional Malaysia (NDSGP).

| Kampungmamakcom
ZAIHAM tengah bergambar bersama piala rebutan Raja Drif Asia Tenggara di Litar Lumba APDCrew<br >di MARDI Serdang semalam

Presiden Kelab Sukan Bermotor Exquisite, Muhammad Zaiham Hamdan berkata, sai­ngan D1GP hujung minggu ini bertambah menarik kerana Malaysia menjadi destinasi terakhir perebutan gelaran ‘Raja Drif’ Asia Tenggara selepas berakhir siri perlumbaan di Filipina dan Thailand.

Katanya, perebutan gelaran D1GP dilihat terbuka dan pemandu negara seperti Raja Drift Malaysia, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dan Fazreen Ismail berpeluang untuk merebut gela­ran tersebut minggu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pastinya perlumbaan D1GP yang bermula esok (hari ini) dan Ahad akan menjadi menarik ke­rana 54 pemandu akan berusaha keras untuk merebut gelaran. Seperti sedia maklum, kita sudah lama tidak mengadakan perlumbaan D1 dan ini merupakan satu tarikan.

“Perlumbaan D1 juga akan berlangsung sekali perlumbaan Siri Drift Nasional dan di situ kita akan lihat pemandu-pemandu berbakat dari Malaysia, sekali gus mungkin mampu dikete­ngahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Soal perebutan gelaran D1GP, saingan dilihat terbuka kerana perebutan tempat dua dan tiga masih belum diputuskan. Jadi, minggu ini apa-apa boleh berlaku dan pemandu tempatan juga berpeluang untuk memenangi gelaran keseluruhan,” katanya pada sidang akhbar di Selangor semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pelumba le­genda drif dari Jepun, Kawabata Masato turut menyertai acara hujung minggu ini bersama pemandu drif Indonesia, Zikoi dan juga beberapa pelumba dari Jepun serta Malaysia.

Penonton yang ingin menyaksikan perlumbaan tersebut lebih dekat boleh mendapatkan tiket yang dijual pada hari perlumbaan dengan harga RM20 untuk sehari dan RM30 untuk 2 hari.

Penonton juga boleh menonton siaran langsung Grand Prix D1 Malaysia, NDS Malaysia di Facebook rasmi Retro Havoc dan APDCrew Circuit.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement