Hi, what are you looking for?

Mamak News

Dadah dalam peket minuman perisa buah-buahan


GEORGE TOWN – Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di daerah Timur Laut di sini pada 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi penahanan empat suspek berusia 23 hingga 34 tahun itu, polis berjaya membongkarkan penemuan dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk serbuk minuman pracampuran.

Menurutnya, dadah pelbagai perisa termasuk buah-buahan itu dipercayai dibekalkan di pusat-pusat hiburan di sekitar negeri ini dengan harga RM150 hingga RM250 setiap bungkus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis telah melakukan tiga serbuan di lokasi berbeza dan merampas MDMA 3,150 gram ketamin (57.33 gram), pil ekstasi (123 biji) dan pil eramin 5 (enam biji) yang kesemuanya bernilai RM168,034,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis bertindak menyerbu sebuah kondominium di Jelutong pada 2.30 petang dan menahan sepasang kekasih.

“Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun serta wanita warga asing berumur 29 tahun, di sini polis merampas 65 gram MDMA dan enam biji pil eramin 5.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemudian pihak polis menyerbu sebuah lagi kondominium di Pengkalan Weld dan menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 131 bungkusan pelbagai perisa serbuk minuman yang dicampur dengan dadah MDMA seberat 3.085 gram dan ketamin (22 gram),” katanya.

Soffian berkata, dengan penangkapan suspek-suspek itu, polis berjaya mengesan seorang lagi ahli sindiket itu di Jalan Tunku Kudin 2, Gelugor.

“Suspek ketika itu sedang memandu sebuah kereta jenis Nissan Almera dan ketika pasukan polis mahu menjalankan pemeriksaan ke atasnya suspek bertindak memecut dan memandu kereta ini secara berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis mengejar kereta suspek kira-kira lapan kilometer dan kemudian polis bertindak melepaskan tembakan sebanyak tujuh das ke arah tayar kenderaan suspek bagi memberhentikannya.

“Hasil pemeriksan ke atas suspek, polis menemui 123 biji pil ekstasi dan 10 paket ketamin mengandungi sebanyak 35.33 gram,” jelasnya.

Beritahunya, siasatan mendapati suspek berperanan membekalkan semua dadah kepada ahli sindiket lain sebelum mereka mencampurkan dalam pelbagai minuman berperisa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita dapati modus operandi sindiket ini adalah menjalankan kegiatan penjualan dadah menerusi aplikasi WeChat dan berdasarkan maklumat, sindiket ini bergiat aktif sejak Jun lalu,” katanya turut disita adalah wang tunai sebanyak RM1,150 dan dua buah kenderaan bernilai RM128,000.

“Tiga daripada suspek merupakan penganggur manakala seorang lagi bekerja sebagai pemandu e-hailing. Kesemua mereka direman hingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement