Hi, what are you looking for?

Mamak News

‘Dah ada bau-bau PKP’ – Netizen


PETALING JAYA – Peningkatan kes varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini melahirkan kegusaran kepada orang ramai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Menerusi tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai mula meluahkan kerisauan jika terpaksa berhadapan dengan sekatan penuh atau ‘Lockdown’ seperti yang berlaku sebelum ini.

Ramai juga dilihat sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan atau secara bersendirian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan reda hati,” luah Lyza Emyza.

“Bukan nak cakap lebih la tapi korang lihat sendiri depan mata, giliran raya kita sahaja yang bermasalah,” kata Siti Najihah.

“Macam biasa lah kan, tapi pelik juga kenapa masa raya kita mesti nak kena PKP,” ujar Nur Amira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Omicron adalah varian terbaru Covid-19 yang baru saja diumumkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) yang di klasifikasikan ke dalam kategori variant of concern (VoC) sejak 19 November lepas.

Setakat ini, sebanyak 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan direkodkan.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Menara Berkembar Petronas menjadi tumpuan Lelaki Sarawak Pertama Kali Datang KL Buat Ramai Terbahak. Malaysia mempunyai beberapa perkara yang memang orang luar pun...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications