Hi, what are you looking for?

Lifestyle

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen


Bukan air terjun tapi air hujan

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Air Terjun Changi Airport adalah sebuah taman air terjun indoor yang terletak di dalam Lapangan Terbang Singapura.

Air Terjun ini menjadi salah satu tarikan pelancong yang popular setiap kali datang ke Singapura.

Tidak mahu ketinggalan, lapangan terbang Kuching kini juga turut dilengkapi dengan ‘air terjun’ persis di Changi Airport. Perkara itu telah dikongsi oleh individu bernama Obe1k menerusi akaun Twitternya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen
Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen. Kredit: Obe1k

Berdasarkan perkongsian tersebut, beliau mendakwa lapangan terbang Kuching kini memiliki tarikan baru dimana dilengkapi dengan air terjun seperti di Singapura.

Akibat daripada bumbung bocor

Menariknya mengenai air terjun ini, ia bukanlah direka oleh arkitek tetapi air terjun ini sebenarnya merupakan limpahan air hujan yang berpunca daripada bumbungnya yang bocor.

Keadaan mengundang keresahan netizen kerana keadaan ini sebenarnya membahayakan orang awam di sekitar itu.

Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen

Baru-baru ini juga, ada individu turut berkongsi keadaan lapangan terbang Kuching yang dikatakan ‘menyedihkan’ dan uzur menerusi laman sosial.

Menurut netizen, kemudahan dan infrastruktur di lapangan terbang Kuching tidak diselenggara dengan baik sehingga kerusi di sepanjang lapangan terbang tersebut dilihat usang dan tidak selesa untuk digunakan oleh pelancong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Netizen resah dan terhibur

Setelah meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kemunculan air terjun ini.

Ada yang dilihat menyamakan limpahan air hujan tersebut seperti air terjun yang terdapat di Changi Airport, Singapura.

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan, lebih baik dana RM 30 juta untuk pembinaan tiang bendera tertinggi di Sarawak itu digunakan untuk menambah baik infrastruktur di lapangan terbang Kuching ini.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tertipu dengan perkongsian video tersebut di mana mereka menyangka ‘air terjun’ itu merupakan tarikan terbaru di lapangan terbang Kuching.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, air terjun tersebut merupakan limpahan air hujan daripada kebocoron bumbung yang uzur.

Baca lagi artikel berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Lifestyle

0 Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak ‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications