Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Dah Sebulan Pun Masih “Fresh”, Lelaki Kongsi Tip Simpan Lemon Supaya Tahan Lama


Tip simpan lemon

Dah Sebulan Pun Masih “Fresh”, Lelaki Kongsi Tip Simpan Lemon Supaya Tahan Lama

Dalam krisis makanan global yang melanda dunia pada ketika ini, orang ramai mula bijak merancang perbelanjaan dan menyimpan barangan makanan.

Sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan kaedah yang betul bagi proses penyimpanan bahan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika disimpan menggunakan kaedah atau teknik yang betul, bahan-bahan tersebut mampu tahan lebih lama dan masih boleh digunakan.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan satu tip menyimpan buah lemon agar tahan lama dan kekal segar.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @thecafe805 yang juga pemilik sebuah kafe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video itu, pelanggan yang datang ke kafenya sering bertanyakan berkenaan buah lemon yang disimpan rapi di dalam botol yang terletak di dalam peti sejuk.

Menurut lelaki itu, balang dipenuhi buah lemon yang diletakkan dalam peti sejuk itu ada sebabnya tersendiri.

“Kenapa kita simpan lemon dalam air? Sebabnya kita nak bagi lemon ni tahan lama. Macam kita orang simpan lemon dalam air sebab nak bagi dia kekal fresh,” katanya dalam video perkongsian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Tambah lelaki itu, buah lemon jika dibiarkan terdedah di luar mahupun dalam peti sejuk akan menyebabkan ia kering dan cepat rosak.

Menurutnya lagi, buah lemon yang disimpannya itu sudah sebulan di dalam peti sejuknya dan masih segar seperti baru dibeli.

| KampungmamakcomKredit TikTok
Potong lemon sebagai bukti kepada penonton

Dalam pada itu, lelaki itu juga sempat menunjukkan bukti kesegaran buah lemon itu dengan memotongnya lalu memerah jus lemon tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Perkongsian itu juga telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka dilihat telah meninggalkan komen berkenaan tip yang dikongsikan tersebut.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua benda aku simpan dalam air, halia, kunyit, serai, jering. Memang tahan lama tapi kena guna air yang dah tapis,” tulis seorang netizen yang turut berkongsi tips cara penyimpanan beliau.

“Terima kasih tip ni. Lepas ni boleh beli lemon banyak-banyak,” tulis seorang netizen yang berterima kasih dengan perkongsian tip tersebut.

“Terima kasih. Ini satu tip yang berguna dan jimat supaya lemon tahan lama,” tulis seorang lagi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@thecafe805

Sedikit tips nak bagi lemon kekal segar #lemon #tipslemon #foodiemy #makananviral #tipsmasak #mersing

♬ original sound – Cafe 805 – Cafe 805

Sumber: TikTok/@thecafe805

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Dah Sebulan Pun Masih “Fresh”, Lelaki Kongsi Tip Simpan Lemon Supaya Tahan Lama appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Tidak merajuk, sebaliknya paduan suara penyanyi Izzue Islam bersama bekas kumpulannya, Forteen dalam single baharu berjudul Ntah Epilog Cinta bukti...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas melalui ‘drama’ keluarga penuh berliku tahun lalu, ibu penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sekali lagi mengundang perhatian ramai...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Biarpun namanya hangat menjadi bualan sejak semalam, anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kekal tenang dalam gelanggang media...

Advertisement