Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dahla Keras & Takda Khasiat, Rupanya Penting Ayam Kena Makan Batu & Ini Alasannya


Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa ayam makan batu? Bagi penternak atau pembela ayam yang baharu mesti akan berasa pelik apabila mereka melihat ayam mereka makan batu.

Menurut laporan Pet Keen, mereka ada menyatakan mengapa ayam makan batu. Tujuan ayam memakan bahan yang tidak boleh dimakan tersebut adalah untuk mencerna makanan.

Walaupun batu tidak mempunyai nutrisi dan tiada rasa, batu tersebut bertujuan sebagai bahan untuk mengisar makanan yang terdapat dalam hempedu ayam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan anda, hempedu ialah organ kecil yang khusus berada di dalam perut ayam. Setiap makanan yang ayam makan seperti bijirin, dan bijian akan berakhir di dalam hempedu.

Seterusnya, daripada hempedu tersebut makanan akan di kisar menjadi zarah kecil yang boleh dihadam dan akan digunakan oleh badannya untuk tujuan pemakanan.

Bagaimana Ayam Makan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Diet pemakanan untuk ayam terdiri daripada makanan seperti bijian, bijirin, rumput, dan serangga. Walau bagaimanapun, ayam tidak mempunyai gigi seperti manusia, ini bermakan haiwan ini menggunakan cara yang berbeza untuk makan.

Cara untuk ayam makan ialah dengan mematuk tanah dan mengambil makanan tersebut, makanan yang dimakan akan bergerak ke satu tempat penyimpanan makanan di bahagian esofagus. Dari situ makanan akan pergi ke perut, dan disitulah enzim akan mula memecahkan makanan yang dimakan.

Kemudian, makanan tersebut akan pergi ke hempedu di mana disitu batuan tersebut akan melakukan kerja menghadam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah itu, hempedu tersebut akan mengisarkan makanan tersebut menggunakan otot dengan batu yang telah ditelan sebelumnya untuk memecahkan lagi makanan yang dimakan. Batu-batuan yang ditelan itulah yang berfungsi sebagai gigi untuk ‘mengunyah’ makanan.

Secara dasarnya, batu-batuan tersebut berfungsi seperti gigi garham manusia yang digunakan untuk mengunyah makanan supaya dapat dihadam dengan baik.

Sumber: Pet Keen

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement