Hi, what are you looking for?

Hiburan

Dahulu selalu fikir anak menyusahkan – Raja Ilya


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Pelakon Raja Ilya mengakui pernah mempunyai skeptikal bahawa mempunyai anak merupakan perkara paling menyusahkan dan mengganggu rutin harian hidupnya.

Bagaimanapun, pandangan zaman bujangnya itu meleset sama sekali, sebaliknya Raja Ilya kini bahagia menikmati setiap detik bersama bayinya, Talita pLove.

“Bila bujang selalu fikir ada anak ini menyusahkan, susahkan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kena jaga bentuk badan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nanti anak buat hal bikin sakit kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur dan lain-lain.

“Tapi bila sudah ada anak baru rasa semua itu salah, betapa cerianya mereka walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah, tapi satu hal apabila sudah ada anak, semua rasa macam saya okey, baik-baik saja,” kongsinya dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, Raja Ilya atau nama lengkapnya Ramilah Begum Raja Mohammad berkongsi, puteri sulungnya kini sedang dalam fasa kuat menangis dan hanya golongan ibu faham perasaan yang sedang dirasainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang dia tengah melalui fasa ‘purple crying’ dan kepada ibu-ibu, tahulah kamu bagaimana perasaan itu kan. Tapi saya tetap rasa tidak mengapalah, saya baik-baik saja.

“Dia seorang bayi yang sangat ceria dan saya bersukur sangat melahirkannya. Terima kasih Talita Love kerana hadir dalam hidup kami dan menambah keceriaan serta gelak tawa. Kami sayang awak,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan berpindah mengikut suaminya ke sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Empat tahun berkongsi hidup, pada 1 Julai lalu, pelakon filem KL Vampire itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, Australia.

Sehingga sekarang bahkan sejak dunia dilanda pandemik, sudah dua tahun Raja Ilya tidak pulang ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu rejim Israel ke atas wilayah Gaza yang meragut banyak nyawa orang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Sesiapa yang tidak dijemput ke kenduri kahwin namun tetap pergi untuk makan maka hukumnya adalah...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Danny Mikhail Khairul Fauzi melakar sejarah tersendiri dalam kategori Wira...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KULIM – Primus LKS Development Sdn. Bhd. melancarkan projek hartanah baharu dikenali sebagai Jazz Park dengan nilai pembangunan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications