Hi, what are you looking for?

Mamak News

VIDEO: Konon Ada Hal Kecemasan Di Hospital, Lelaki Bengang Kereta Kena ‘Clamp’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi beberapa saat di platform media sosial memaparkan seorang pemilik kereta SUV Mazda cuba untuk menggerakkan kereta biarpun pengawal keselamatan sudah clamp kenderaannya.

Sejurus lelaki terbabit keluar dari kereta, dia melepaskan geram kepada pengawal keselamatan tersebut dengan mendakwa dirinya sedang terburu-buru hendak pergi ke hospital kerana ada hal kecemasan.

Dalam pada individu terbabit mengaku kesalahan yang dilakukan dan bertegas sanggup meninggalkan kad pengenalan serta kunci rumah supaya clamp tersebut dibuka, pengawal keselamatan itu tetap dengan keputusannya supaya lelaki terbabit membayar denda RM100 dahulu jika mahu ianya dibuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran video tersebut telah meraih perhatian dari warganet, ada yang menyatakan jika lelaki terbabit bertenang dan cuba berbincang dengan cara yang lebih baik mungkin pengawal keselamatan itu akan buka clamp tanpa sebarang masalah.

Namun dalam pada masa yang sama, ada juga yang memihak kepada lelaki itu setelah dia mendakwa sedang dalam kecemasan dan sanggup untuk meninggalkan kad pengenalan serta kunci rumah untuk pergi ke hospital.

Difahamkan, lelaki mengamuk itu merupakan penyewa homestay dan beliau telah meletakkan keretanya di parkir penduduk kawasan perumahan tersebut selama dua hari, serta tidak meletakkan nombor telefon bagi memudahkan orang lain menghubunginya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahanan lagi, homestay yang didiami lelaki itu telah disediakan sekali dengan parkir sendiri tetapi dia masih berkeras meletakkan keretanya di parkir penduduk kerana ianya berhampiran dengan lif. Oleh kerana itu, pengawal keselamatan mengambil keputusan untuk clamp keretanya.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PASIR GUDANG – Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dipaksa bermandi peluh sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Seramai lima lelaki pekerja kontrak membuat pagar ditahan polis bagi membantu siasatan dua kejadian samun bersenjatakan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BIRMINGHAM – Aston Villa bangkit daripada kekecewaan minggu lalu untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam saingan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Teruja dengan kejayaan kutipan pecah panggung filem berbentuk sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, pelakon berkaliber,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications