Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dakwaan bekalan telur pulih selepas PRU15 tidak berasas – KPDNHEP


PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa bekalan telur tiba-tiba pulih selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai tidak berasas.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, dakwaan itu tiada asasnya kerana ketika ini ada beberapa negeri masih berdepan masalah bekalan telur.

Beliau berkata, pihaknya tidak nampak masalah mengapa bekalan telur tidak mencukupi kerana kerajaan sudah memberi subsidi kepada peladang dan pengusaha bagi telur gred a, b dan c.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya difahamkan, pengusaha di peringkat ladang ada membangkitkan isu kos pengeluaran yang semakin meningkat namun ia sudah diseimbangkan dengan agihan subsidi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program ‘Sihat Ke Saya’ di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya akan sentiasa berunding dengan pengusaha telur dan tidak menutup pintu kepada sebarang perbincangan.

Azman menjelaskan, kekurangan bekalan telur juga dikesan berlaku disebabkan beberapa faktor seperti keadaan alam sekitar, cuaca tidak menentu serta penyakit yang mendorong kepada masalah bekalan dan bukan hanya disebabkan kenaikan kos pengeluaran sahaja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berhubung dakwaan kononnya ada telur busuk dan rosak dijual dipasaran, Azman berkata, beliau turut menerima aduan sama namun selepas diperiksa tiada pun bukti diperolehi

“Bagaimanapun, jika benar ada dakwaan berkaitan kami akan mengambil tindakan segera berdasarkan peruntukan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Susulan kenaikan harga telur di pasaran pula, Azman berkata, beliau mahu pengguna melaporkan segera kepada penguatkuasa jika benar dakwaan itu memandangkan telur bagi gred a, b dan c di pasaran terikat pada harga kawalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, Azman turut mengingatkan kepada pengguna supaya melaporkan aduan secara terperinci dan spesifik supaya tindakan segera boleh diambil.

“Boleh buat aduan, seberapa banyak pun boleh tetapi kena spesifik kerana kami tidak mempunyai kekuatan untuk memeriksa seluruh kedai,” katanya. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement