Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dalam Rumah Bau Hapak Kucing? Wanita Kongsi Cara Mudah, 2 Bahan Saja


Dalam Rumah Bau Hapak Kucing? Wanita Kongsi Cara Mudah, 2 Bahan Saja

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan paling popular di negara kita.

Haiwan ini mempunyai sifat yang sangat manja membuatkan ia menjadi pilihan utama buat para penggemar haiwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dengan kehadiran kucing juga ia mampu  memberikan suasana rumah menjadi lebih ceria.

Namun begitu, jika anda memelihara lebih daripada dua ekor kucing di rumah pasti akan mengalami masalah di mana rumah akan berbau sedikit hapak. Terutamanya jika kucing tadi jenis ‘indoor’ dan tidak pernah dilepaskan di luar rumah.

Tahukah anda, bau hapak kucing itu boleh dihilangkan hanya menggunakan dua bahan ini sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian berkenaan tips kurangkan bau kucing dalam rumah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @qienaibrahim di akaun miliknya.

“Antara tip untuk majikan indoor. Selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan dan bersihkan litter box majikan,” tulis kapsyen muat naik wanita tersebut.

| KampungmamakcomKredit TikTok
Guna kulit kayu manis sahaja

Menurut perkongsian video wanita tersebut, bahan utama untuk mengatasi masalah itu adalah kulit kayu manis. Bahan mudah yang berada di dapur rumah dan menjadi kegunaan untuk memasak makanan yang enak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah ambil bekas kosong mengikut saiz bersesuaian dengan keluasan rumah anda.

Kemudian letakkan kulit kayu manis beberapa batang dan tuang air ke dalam bekas tersebut. Air boleh di isi separuh daripada bekas kosong yang disediakan tersebut.

| KampungmamakcomKredit TikTok

Letak campuran bahan tadi di tempat yang tersorok seperti di bawah kabinet tv mahupun almari hiasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian wanita itu juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lainnya. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis. Memang takda bau,” tulis seorang pengguna yang berkongsi cara yang sama untuk hilangkan bau kucing.

“Cuma kena pastikan letak ubat jentik-jentik untuk elak jadi tempat pembiakan aedes,” tulis seorang pengguna yang memberi saranan tambahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sangat berguna untuk babu seperti saya…” tulis seorang lagi pengguna bergurau.

@qienaibrahim

Antara tip utk Majikan indoor..selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan n bersihkan litter box Majikan😁 #cat #tip #tiktok #kucinglucu #tipkucing #pecintakucing #indoorcats #indoorlife

♬ original sound – Qiena Ibrahim – Qiena Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok via @qienaibrahim

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement