Hi, what are you looking for?

Sukan

Daniel Ricciardo tuntut pampasan tinggi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

WOKING – Pelumba pasukan McLaren, Daniel Ricciardo dilaporkan meminta pasukan itu membayar pampasan cukup tinggi sekiranya mereka berkeras untuk menggantikannya dengan pemandu lain musim depan.

Sebelum ini timbul desas-de­sus yang mengatakan McLaren sedia untuk membawa masuk juara Formula 2, Oscar Piastri selepas pelumba muda itu menolak pelawaan Alpine bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Fernando Alonso.

Bagaimanapun, berdasarkan perjanjian sedia ada, Ricciardo sepatutnya akan terus bersama McLaren sekurang-kurangnya semusim lagi atau dia diberikan pampasan lumayan untuk me­ninggalkan pasukan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memandangkan dia masih memiliki kontrak bersama McLaren, pemandu kelahiran Australia itu dikatakan meminta pasukan tersebut membayar pampasan penamatan kontraknya berjumlah lebih £12 juta (RM64.58 juta) jika mahu dia ‘angkat kaki’ me­ninggalkan pasukan itu.

Meskipun McLaren dikatakan berhasrat untuk menyingkirnya dari pasukan, namun ia bukan masalah besar buat Ricciardo memandangkan sudah ada beberapa pasukan termasuk Alpine yang sedia menawarkan tempat buatnya bagi saingan musim depan.

Prinsipal pasukan Alpine, Otmar Szafnauer mengakui beliau tidak ada sebarang masalah untuk membawa pulang Ricciardo ke pasukan itu, sama se­perti yang mereka lakukan dengan Alonso sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anda boleh lihat apa yang berlaku dengan Fernando (Alonso), dia datang dan pergi. Perkara sama boleh berlaku terhadap pemandu lain, jadi saya tidak lihat ia sebagai masalah besar untuk kami jika perkara itu berlaku,” katanya.– AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Kedengaran aneh tetapi tidak bagi empat wanita Britain yang teruja memulakan kerja baharu mereka di sebuah pejabat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam ditemui lemas di sebuah kolam yang hanya berjarak kira-kira...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. HARUS diakui, naskhah filem dumentari ‘dark story’ seperti kes pembunuhan tragis atau kisah pembunuh bersiri paling menakutkan sering...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications