Hi, what are you looking for?

Hiburan

Daniella Sya belajar tentang Islam, bercinta dengan lelaki Melayu


KUALA LUMPUR – Mengakui bercinta dengan lelaki Melayu, pelakon sedang meningkat naik, Daniella Sya, 35, tidak menolak memeluk agama Islam sekiranya itu sudah tertulis buat dirinya.

Kata Daniella atau nama sebenarnya Daniella Sya Yeng Yeng, disebabkan tuntutan kerjaya sebagai seorang pelakon, dia juga kian mendalami ajaran agama kedua terbesar dunia itu.

“Lelaki yang sedang saya kenali sekarang orang Malaysia dan berbangsa Melayu.

“Bukan datang dari golongan artis. Usia dia dalam 30-an begitu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setakat ini, agama Islam yang paling kerap saya didedahkan.  Juga, agama yang saya ‘explore’ (dalami) adalah Islam,” kata Daniella kepada Kosmo! Online usai majlis tayangan perdana drama terbitan Astro, Hijrah Jannah di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini.

Daniella yang merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur memaklumkan, sedari kecil, dia tidak menganut apa-apa agama ataupun seorang free-thinker.

“Dari kecil, saya dilahirkan sebagai seorang free-thinker. Saya masih belajar dan mencari,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjayakan watak seorang saudara baharu dalam drama rantaian Hijrah Jannah disamping aktor Remy Ishak, Daniella berkata, dia sangat selesa mengenakan tudung walaupun apa yang dipaparkan hanyalah tuntutan karakter semata-mata.

“Saya rasa selesa sangat berhijab sebab dah tak payah fikir pasal rambut. Tak payah sangat fikir tentang anything to do with styling (menggayakan sesuatu pakaian).

“Saya tak tahu tentang wanita lain tapi bagi saya secara peribadi, semasa berhijab saya rasa sangat selamat. Rasa tenang sangat,” ujarnya yang berbangsa Cina.

Hijrah Jannah merupakan drama rantaian arahan sutradara Feroz Kader yang turut dibintangi pelakon Puteri Sarah Liyana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Drama tersebut memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria bermula 5 Jun ini.  – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications