Hi, what are you looking for?

Sukan

Danny Mikhail mula petak keenam esok


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Danny Mikhail Khairul Fauzi melakar sejarah tersendiri dalam kategori Wira KBS Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 apabila bakal memulakan perlumbaan esok di petak keenam.

Pada sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara hari ini, Danny menampilkan tunggangan terbaik apabila melakukan catatan masa keenam terpantas 1:26.108 saat (s) pada saingan shootout.

Ketua pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar nyata gembira dengan keputusan yang dicatatkan anak buahnya itu selepas terpaksa memberi tumpuan pada saingan Wira KBS gara-gara dua pelumba CP125 belum pulih daripada kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita terpaksa alih tumpuan ke kategori Wira KBS pada perlumbaan kali ini kerana untuk CP125, Mohamad Harith Farhan (Baharin) belum pulih daripada kecederaan ligamen PCL putus, begitu juga Saiful (Azhary Mohamad) yang tidak cergas sepenuhnya.

“Oleh yang demikian, maka perlumbaan kali ini, kita akan beri tumpuan terhadap aksi Wira KBS yang disertai oleh Danny,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebagai rekod, pelumba pasukan Idemitsu Honda YAM Racing, Md. Farid Hakimi Farid Sezli akan bermula di petak hadapan pada perlumbaan esok selepas mencatat masa terpantas 1:23.879s. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KULIM – Primus LKS Development Sdn. Bhd. melancarkan projek hartanah baharu dikenali sebagai Jazz Park dengan nilai pembangunan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan, dua produk aiskrim popular, Haagen-Dazs, ditarik semula daripada pasaran selepas ia dikesan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Sukan Komanwel 2022 yang sedang berlangsung di Birmingham, England ini semakin hampir melabuhkan tirainya. Walaupun acara ini dianggap...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Tiada tawaran pekerjaan dan hidup menganggur sejak Ramadan lalu, penyanyi dan pengacara Aril Pilus mengakui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications