Baru je nak menikmati makanan, tapi nasi rasa basi pula
Dapat Makanan Basi, Individu Ini Luah Rasa Kecewa Membeli Dari Sebuah Bazaar Ramadan Di Miri. Antara benda best untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadan ialah mengunjugi pelbagai bazaar Ramadan yang didirikan di sekitar bandar.
Namun, seorang individu meluahkan rasa kecewa membeli dari satu bazaar Ramadan di Miri apabila makanan yang dibelinya rupa-rupanya basi.

“Tolong check nasi, takut basi.”
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi kekecewaan mereka dalam kumpulan Facebook Miri Community, mengatakan bahawa makanan yang mereka beli ternyata basi.
Dalam perkongsian dia, dia berkata “Bukan mahu menutup periuk nasi orang yang dijual di bazar tetapi untuk mengingatkan sahaja. Kalau boleh, bagi mereka yang berjual nasi berlauk yang sekali disimpan dalam bekas tapau itu, tolong check2 juga tu nasi, takut basi. Minta maaf kalau tersinggung dengan apa yang saya cakap.”
Netizen tidak berpuas hati
Rata-rata netizen bersimpati dengan individu terbabit yang terpaksa membazir membeli makanan basi. Malah ramai yang menyatakan pengalaman sebegini menyebabkan mereka berhenti mengunjungi bazar Ramadan kerana khuatir perkara ini berulang kepada mereka.
Ada juga yang memarahi para penjual yang tidak mengambil berat tentang perkara ini sebab hanya mengutamakan keuntungan.
Peniaga lain terkesan
Namun begitu, terdapat juga peniaga yang terkesan dengan aduan yang dibuat oleh individu terbabit.
Understandably, kalau satu je kena, semua peniaga akan digeneralisasikan secara tidak sengaja. Oleh itu, ada juga dalam kalangan peniaga yang menyuarakan pendapat mereka tentang perkongsian sebegini.
Ada betul juga yang dikatakan oleh para peniaga lain. Apakah pendapat anda?
Lagi di sini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
