Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Dapat Undian Lebih 60%, Orang Ramai Undi Samarahan Sebagai Jalan Paling Sesak Di Malaysia


Jemerahan di kedudukan pertama!

Dapat Undian Lebih 60%, Orang Ramai Undi Samarahan Sebagai Jalan Paling Sesak Di Malaysia. Kalau anda pernah jejak kaki di Kota Samarahan di Sarawak, pasti anda akan tahu betapa sakitnya jika anda terpaksa meredah kesesakan lalu lintas dari Kuching Ke Samarahan dan Samarahan ke Kuching.

Di awal tahun 2023, 3 Januari lalu, orang ramai dikejutkan dengan kesesakan lalu lintas yang terburuk sekali pernah berlaku di Sarawak. Kesesakan lalu lintas tersebut berlaku dari Samarahan menuju ke Kuching dan mengambil masa hampir 7 jam untuk reda!

| Kampungmamakcom Dapat Undian Lebih 60 Orang Ramai Undi Samarahan Sebagai Jalan Paling Sesak Di Malaysia
Dapat Undian Lebih 60 Orang Ramai Undi Samarahan Sebagai Jalan Paling Sesak Di Malaysia

Kesesakan trafik yang tiada kesudahannya

Pada hari berkenaan, ramai individu yang mula berkongsi pengalaman mereka menempuhi kesesakan di jalan Samarahan menuju ke Kuching di media sosial sehingga ia menjadi tular.

Walaupun kesesakan yang melampau itu belum berlaku lagi kini, namun perjalanan dari Kota Samarahan menuju ke Kuching ini masih lagi mengalami kesesakan pada setiap hari. Pada awal pagi pula ramai yang mengatakan mereka tersekat di dalam trafik secara purata 1 jam untuk turun kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian di Facebook Meanwhile in Malaysia semalam mereka telah menanyakan soalan “Tempat dengan kesesakan lalu lintas “terbaik” dan tempoh masa:” dan memberi 6 pilihan jawapan iaitu KL, Melaka, Cameron Highlands, Samarahan, Penang dan Johor-Johore Selatan.

| Kampungmamakcom Dapat Undian Lebih 60 Orang Ramai Undi Samarahan Sebagai Jalan Paling Sesak Di Malaysia
Gambar tangkap layar dari FB Meanwhile in Malaysia

Jemarahan mendapat undian tertinggi

Setakat artikel ini ditulis, Samarahan telah mendapat undian yang tertinggi lebih daripada separuh iaitu sebanyak 69%.

Dikalangan penduduk tempatan pula, jika anda sebut sahaja Kota Smarahan, mereka akan takut untuk pergi ke destinasi anda kerana takut dengan kesesakan lalu lintas. Kota Samarahan juga telah memperoleh nama gelarannya iaitu ‘Jemarahan’ kerana setiap hari JEM!

Jadi apa pendapat anda, adakah anda setuju dengan undian berkenaan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Mengelak terjebak skandal atau cinta lasi, pelakon Ezzanie Jasny mengambil pendekatan tidak menyimpan nombor telefon hero gandingannya dan mengehadkan komunikasi...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara boleh dianggap mendapat laluan selesa apabila diundi bertemu Singapura pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Advertisement