Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Dari Limbang Ke Podium Dunia, Zaini Garip Cipta Nama Jaguh Badminton Senior Di Korea Selatan


Terkenal dengan jolokan Misbun Limbang

Dari Limbang Ke Podium Dunia, Zaini Garip Cipta Nama Jaguh Badminton Senior Di Korea Selatan. Pemain kelahiran Limbang, Zaini Garip, 71, mengharumkan nama Limbang di podium dunia setelah menjuarai Kategori Badminton Perseorangan Lelaki umur 70-74 tahun, Kejuaraan Dunia BWF di Jeonju, Korea Selatan, Ahad lepas.

Zaini yang turut mendapat jolokan Misbun Limbang meranapkan impian 34 pemain badminton dari 17 negara dari benua Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara.

Dari Limbang Ke Podium Dunia, Zaini Garip Cipta Nama Jaguh Badminton Senior Di Korea Selatan. Kredit: Utusan Sarawak

Selaku juara, Zaini menerima mahkota kejuaaraan berupa pingat dan gelaran juara yang menjadi idaman pemain dunia lain.

Menurut laporan dari Utusan Sarawak, naib juara dimenangi pemain dari Jepun serta pemain dari Sweden dan seorang lagi pemain Jepun terpaksa berkongsi kedudukan di kedudukan ketiga bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zaini turut berkongsi rasa sedih apabila tersingkir awal dalam Kategori Beregu Umur 70-74 Tahun.

Beliau berpasangan dengan Datuk Anthony Linggian namun kemenangan acara perseorangan itu mengubati kekecewaan tersebut.

“Gembira dan bersyukur kerana berjaya menjuarai Kategori Persorangan Lelaki Umur 70-74 Tahun, pada Kejohanan Badminton Paling Berprestij peringkat dunia untuk pemain badminton berumur 35 hingga 80 tahun.

“Kejohanan BWF World Senior Badminton Championship 2023, dianjurkan Persekutuan Badminton Sedunia, di Bandar Jeonju, Korea Selatan yang bermula pada 11 September hingga 17 September,” katanya ketika dihubungi media semalam.

Zaini pernah ‘menceriakan’ rakyat Malaysia apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan ’47th World Badminton Morning Cup’ yang diadakan di Taipei, Taiwan 2018 , kategori perseorangan dan beregu, bagi kategori umur 65 – 69 tahun.

Pencapaian lain merangkul kejuaraan berganda pada Kejohanan Badminton Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kariernya terus bersinar apabila beliau mengulangi kejayaan sama dengan menjuarai kategori perseorangan dan beregu untuk pemain berumur 65 – 69 tahun dalam Kejohanan

Persekutuan Badminton Cina Dunia Ke-25 2018 di Chengdu, China pada 1 hingga 4 November 2018.

Ketika ini Zaini sedang mengikuti lima jam penerbangan dari Korea Selatan terus ke Kota Kinabalu Sabah esok dan melalui jalan darat ke Limbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang...

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications