Hi, what are you looking for?

Sukan

Dato’ Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat Perak buat Malaysia!


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Tahniah dan terima kasih Dato’ Azizulhasni Awang yang telah berjaya menghadiahkan pingat perak buat Malaysia di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara trek berbasikal keirin sebentar tadi.

Turun sebagai wakil tunggal daripada Asia Tenggara dan Asia, ia bukanlah satu penghalang untuk berada dalam kelompok enam terbaik.

Penyandang juara dari Great Britain, Jason Kenny yang mengetuai saingan menampilkan corak strategi berbeza dalam final, melancarkan kayuhan pantas sejak tiga pusingan sebelum menamatkan saingan di tempat pertama.

Dalam perebutan pingat perak, Azizulhasni mengikuti rapat Lavreysen sepanjangan perlumbaan sebelum mengecewakan juara dunia di garisan penamat untuk membawa pulang pingat perak buat negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terima kasih juga buat Shah Firdaus yang turut memberikan saingan hebat dalam acara keirin biarpun terkandas di pusingan suku akhir pada pagi tadi.

Malaysia melabuhkan tirai Olimpik edisi Tokyo 2020 kali ini dengan kutipan 1 pingat perak, dan 1 pingat gangsa. Tahniah kepada semua para atlet yang telah berjuang demi Malaysia! Semoga bertemu lagi di Olimpik Paris 2024 nanti.

Gambar kredit: Harian Metro

Sumber: Stadium Astro

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Pada tahun 2006, kita menyaksikan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang pengguna berkongsi kejadian malang menimpa dirinya apabila mi sup yang dimakannya di sebuah kedai...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Lapan warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Syarikat pengeluar barangan sukan Thailand, Warrix memperkenalkan bola sepak rasmi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, Piala AFF Mitsubishi Electric...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications