Hi, what are you looking for?

Sukan

Dell Akbar Khan ketuai Badan Siasatan Bebas kaji laporan prestasi Harimau Malaya


BEKAS Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan dilantik mengetuai Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya bagi mengetuai bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan  tersebut juga akan dianggotai individu-individu di luar Persatuan ini.

“Datuk Dell Akbar diberi mandat untuk melantik beberapa individu lain bagi menganggotai badan siasatan bebas ini terdiri daripada mereka yang pernah memegang jawatan dalam bola sepak, termasuk bekas pemain serta jurulatih, tetapi tidak memegang sebarang jawatan mahupun menganggotai mana-mana jawatankuasa FAM ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tugas utama badan bebas ini adalah untuk melakukan bedah siasat terlebih dahulu terhadap laporan dan analisis lengkap daripada barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura, tempoh hari yang telah pun siap dan diserahkan kepada Sekretariat FAM, baru-baru ini,” ujarnya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Hamidin ketika ini berada di luar negara menyelesaikan urusan penting keluarga, memaklumkan bahawa hasil bedah siasat daripada Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya ini seterusnya akan dibentangkan oleh Datuk Dell Akbar bersama langkah-langkah penambah baikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan.

Pada kempen Piala Suzuki AFF 2020 bulan lalu, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1, sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications