Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

‘Demam’ main wau di Felda di Pahang


BERA – Permainan wau menjadi kegemaran generasi muda kembali terutama di tanah rancangan Felda di daerah ini sejak kebelakangan ini.

Pelbagai bentuk wau menjadi rebutan penduduk di sini sehingga membuatkan pembuat permainan itu tidak menang tangan menerima tempahan tidak kurang juga yang mereka sendiri.

Tinjauan Kosmo! di Felda Rentam di sini mendapati wau bukan sekadar dijadikan aktiviti riadah semata-mata oleh penduduk, malah turut diadakan pertandingan bagi semarakkan warisan permainan tradisional ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang penduduk, Wan Mohd. Hairi Wan Yusof, 37, berkata, ilmu berkaitan wau yang diperoleh dari arwah bapanya sedikit sebanyak memberikannya semangat untuk meneruskan permainan tradisional itu.

“Saya belajar dari arwah ayah, sebelum ini, bukan tiada yang main wau tetapi semakin tenggelam sehingga menyebabkan ramai tidak kenal wau lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda.

“Tetapi, bila kembali dimainkan, ia jadi semakin popular. Malah, bukan di sini sahaja tapi juga di tanah rancangan lain di daerah ini, jadi, secara tidak langsung ia meriahkan semula aktiviti dalam kawasan Felda ini,” katanya semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, seorang penduduk dari Felda Bukit Kepayang di sini, Firdaus Ngavi, 35, berkata, dia berasa sangat teruja apabila melihat kepada fenomena wau yang semakin berkembang di sini.

“Saya mula berjinak sertai aktiviti wau ini sejak setahun lalu yang diadakan di Felda Bukit Kepayang. Bermula di sini, akhirnya aktiviti permainan wau ini merebak ke beberapa kawasan lain.

“Wau boleh dibuat sendiri. Satu wau boleh disiapkan dalam masa seminggu lebih kurang. Kita guna buluh betung yang dijadikan tulang belakang, manakala buluh duri sebagai rangka wau,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications