Hi, what are you looking for?

Hiburan

Demokrasi kini dimartabatkan – Diana Danielle


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – “Kita semua nak cari makan dan punya kerjaya seni yang gemilang.”

Itu kata-kata dari bibir pelakon Diana Danielle yang juga isteri kepada aktor Farid Kamil menjawab dakwaan suaminya merisikokan kerjaya seni apabila berani memainkan peranan sebagai Anwar Ibrahim dalam filem biopik mengisahkan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbitan produksi Indonesia.

Kini, situasi ‘dikhuatiri’ tersebut tidak lagi seperti sebelum ini apabila Anwar Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi saya, sebagai pelakon kita kena sentiasa cari peluang. Bukan tentang politik pun apabila dia (Farid) dinasihatkan untuk teruskan (melakonkan watak Anwar Ibrahim).

“Nak ada kerjaya yang gemilang, inilah antara perjalanannya. Jadi, saya harap benda ini (filem Anwar Ibrahim) tidak dipolitikkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kata pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson itu, kalau dahulu Anwar di kerusi pembangkang dengan reformasinya, segala-galanya kini sudah berubah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita bukan zaman yang itu, kita zaman yang ini (ketawa).

“Jadi, saya rasa lebih selamat sebagai rakyat Malaysia. Sekarang kita boleh jadi orang yang boleh suarakan pendapat.

“Demokrasi kini dimartabatkan. Itulah makna sebenar demokrasi di mana kita boleh beri pendapat dan tak perlulah kita nak menghukum rakyat yang bebas dan berani bersuara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun sesuatu perkara itu bukanlah perkara yang kita tak setuju, kita salurkannya dengan cara yang demokratik,” ujar Diana, 31.

Hari ini, Ahli Parlimen Tambun, Anwar Ibrahim akan menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Istana Negara pada pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications