Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dendam punca lelaki diserang ahli keluarga kekasih


AMPANG JAYA – Dendam dipercayai menjadi motif kes seorang lelaki diserang dan disamun di sebuah apartmen di Pandan 1 Jalan Perdana 5/11, Pandan Perdana, di sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, dendam tersebut berpunca daripada mangsa yang dipercayai sering memukul teman wanitanya menyebabkan suspek yang juga ahli keluarga teman wanitanya itu menyerang lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima satu aduan daripada mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun pada pukul 8 pagi, 19 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, mangsa ketika itu didatangi dua orang lelaki dikenalinya yang menaiki motosikal jenis Yamaha warna hitam yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Tiba-tiba pembonceng itu turun daripada motosikal lalu mengelar tangan mangsa dengan menggunakan sebilah pisau potong buah.

“Seorang lagi suspek bertindak mengambil dompet dan telefon bimbit mangsa jenis Vivo sebelum kedua-dua mereka melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Farouk, akibat daripada serangan itu, mangsa mengalami kecederaan serta menerima 11 jahitan di bahagian tangan kiri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Sehubungan itu, jelasnya, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat (IPD) Daerah Ampang Jaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 40 tahun di sebuah Flat di Jalan San Peng, Kuala Lumpur, hari ini.

“Tangkapan yang dibuat pada pukul pukul 4 pagi itu turut membabitkan seorang wanita berusia 19 tahun. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa dan sebilah pisau dipercayai digunakan ketika kejadian,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Farouk, kesemua suspek didapati positif dadah jenis amphematine dan memiliki rekod kesalahan lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

“Bagaimanapun, tangkapan perempuan pula tiada rekod lampau. Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Sabtu dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement