Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Deretan tiga kedai makan hangus dalam kebakaran


PASIR PUTEH – Deretan tiga buah kedai makan yang terletak berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.59 petang itu, pemilik dan pekerja gerai yang menjual nasi berlauk selain gulai kawah bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas melihat kawasan premis tersebut terbakar.

Ketua BBP Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum 15 anggota, pegawai dan anggota sukarelawan BBP Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran balai bomba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, tiga buah kedai makan separuh kekal sudah terbakar 90 peratus sebelum anggota bertindak memadam kebakaran bagi menghalang api merebak ke bangunan berdekatan.

“Anggota dan kelengkapan pemadaman turut dibantu BBP Tok Bali dan Machang. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 4 petang dan ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement