Fenomena Squid Game terus berlangsung selang beberapa minggu selepas mula ditayangkan di Netflix dan berjaya mengalahkan Sweet Home sebagai rancangan bersiri Korea paling ditonton di Netflix.
Bintang Squid Game yang sedang menyinar, Jung Ho-yeon telah berkongsi bagaimana rasanya ketika rakaman siri Netflix yang telah menjadi fenomena ini.

Dalam video di sebalik tabir yang baru dikeluarkan, model yang kini menjadi pelakon itu menceritakan pengalamannya di set siri drama Korea Selatan yang popular itu, bermula pada saat “yang paling terkesan” sehingga ke saat-saat di mana dia merasa ketakutan yang sebenar.
BACA: Stesen Itaewon Berubah Menjadi Taman Permainan Seperti Dalam ‘Squid Game’
“Penggambaran [permainan kelima pertunjukan] Glass Stepping Stones sebenarnya amat menakutkan,” katanya. “Set itu kira-kira satu meter dari atas tanah. Kami menggunakan kaca sebenar dan berlari di atasnya. “

Pengarah Squid Game Hwang Dong-hyuk juga menambah, “Hanya 1.5 meter pun dapat membuatkan anda ketakutan”. Dengan menggunakan kaca yang sebenar dapat membuat para pelakon ‘gugup’, yang mana kedua-dua elemen ini mampu “membuatkan mereka untuk merasai ketakutan yang sebenar”.
“Perasaannya seperti benar-benar melompat dari jambatan yang tinggi. Permainan ini real dan mereka dapat merasa ketakutan. Tubuh mereka menunjukkan ketakutan itu,” tambahnya. “Kami fikir set ini memiliki kekuatan realistik.”
Di tempat lain dalam video itu, Jung juga menggambarkan permainan kedua rancangan tersebut, Honeycomb, sebagai “paling terkesan” untuknya. “Pembuat gula madu membuat gula-gula itu tanpa henti di belakang, jadi set filem berbau seperti gula madu sepanjang hari,” tambahnya.
Jung sebelumnya membincangkan reaksinya ketika dia dilakonkan sebagai Kang Sae-byeok dalam Squid Game. “Perkara pertama yang saya katakan adalah, ‘Mengapa?’,” kata Jung. “Saya sangat gembira ketika mendengar berita itu, tetapi seperti ketakutan yang lebih besar telah mengalahkan saya. [Saya seperti] ‘Terima kasih banyak, tetapi saya boleh melakukan ini?’ ”
Sumber: Netflix Asia
RM13.01
